Connect with us

Oh! Media

Ibu Sibuk Berkaraoke, Tak Sedar Anak Lemas Dalam Tangki

4d5f84b4 ffa4 4c8e 8e08 ed026ba2cb40

Trending

Ibu Sibuk Berkaraoke, Tak Sedar Anak Lemas Dalam Tangki

Tribunnews baru-baru ada melaporkan mengenai dua kanak-kanak yang berusia 4 dan 2 tahun, yang lemas di dalam tangki kumbahan dan malangnya, mangsa, Alfizil Aini, dan adiknya, Zikra Hidayatullah, juga telah dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Lebih menyayat hati apabila, semasa kejadian itu berlaku ibu kepada kedua kanak-kanak itu dikatakan tengah asyik berkaraoke di dalam rumah tanpa mengetahui apa yang sudah terjadi kepada kedua anaknya.

Kedua mangsa itu meninggal dunia di dalam tangki yang terletak di belakang rumah mereka di Kampung Alurtani 1, Tamiang Hulu, Acheh.

IKLAN
D1c91ec9 387a 47f8 8057 f42f3c32814a

Pada mulanya, tangki itu dipercayai sedang dibersihkan oleh ibu mangsa, Suhar, 35, dan kedua-dua anaknya pula dikatakan turut bermain di kawasan itu.

Suhar berehat sebentar dan menghabiskan masa itu dengan berkaraoke, dengan nada suara yang tinggi.

Tidak lama selepas itu, baru Suhar tersedar kedua-dua anaknya tiada di dalam rumah.

Selepas keluar mencari, wanita berkenaan menemui mangsa di dalam kolam berkenaan. – Katanya.

Suhar yang panik melihat keadaan anaknya yang tidak bergerak di dalam lubang itu, telah menjerit, sehinggakan jeritannya itu telah didengari oleh jirannya, Sumarlan, 38. Sebaik saja mendengar jeritan Suhar itu, Sumarlan dikatakan terus melompat ke dalam tangki untuk menyelamatkan mangsa.

Sumarlan juga sempat membawa kedua mangsa ke bidan kampung untuk mendapatkan rawatan awal. Namun, kedua-dua mangsa telah pun disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan.

Semoga kisah Suhar ini dapat menjadi pengajaran buat ibu bapa di luar sana. Silalah pantau aktiviti anak-anak anda, tak kiralah dimana saja anda berada. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.

Kredit: Harian Metro

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas