Connect with us

Branded

Ekstra Crispy, Roti Canai Diiktiraf Sebagai Roti No. 1 Terbaik Di Dunia! 

“Anney! Roti canai satu, kuah dhal dengan kari”

Mesti korang dah dengar berita tentang roti canai mendapat tempat pertama bagi roti di dunia. Gempak kan? 

Baru-baru ini, TasteAtlas sebuah laman web terkemuka telah menyenaraikan 50 roti terbaik di dunia mengikut kesukaan serta ulasan pengguna. 

Kalau korang nak tau, roti canai berada di tempat pertama tau. Siap kalahkan roti naan dari India serta roti dari negara-negara Eropah yang mahir dalam dunia pastri. Wow!

Keenakan roti canai memang tiada tandingan. Iaboleh dimakan dengan pelbagai cara, sama ada dengan kuah, gula, susu ataupun secara kosong saja. Nak lagi ‘kick’? 

Roti canai dimakan bersama secawan teh tarik di kedai mamak. Perghh, memang perfect lah!

Tapi nak buat macam mana, bukan semua orang ada masa untuk menikmati roti canai di kedai mamak. Kadang-kadang, cuma sempat bungkus je. 

Jangan risau, lepas ni korang boleh nikmati roti canai yang sedap tanpa perlu keluar rumah. Jimat masa korang, tak perlu nak bangun pagi untuk sarapan roti canai. Nak tahu apa rahsianya? Meh sini kami kongsikan..

Roti Chanai Terus Dari Rumah

Sekarang tak perlu susah-susah lagi pergi ke kedai mamak hanya untuk menikmati sekeping roti canai. Korang boleh masak terus dari rumah dengan produk Roti Chanai Kawan.

Bukan setakat pek yang serba baru, malah tekstur roti yang extra rangup dan sedap turut diperbaharui pada Roti Chanai Kawan. Tekstur roti yang rangup di luar dan lembut di dalam, pasti akan buat korang teruja menikmati hidangan No.1 dunia ni. 

Roti canai, Kawan Food, Crispy, dunia, No.1, Crispy

Kredit: Roti Chanai Kawan 15pcs (Kiri), Roti Chanai Kawan 5 pcs (Kanan)

Selain itu, ia juga membantu korang dalam menjimatkan masa. Tak sampai 5 minit, hidangan Roti Chanai dah siap. Tak perlu susah-susah lagi, drive kereta pergi mamak. 

Jadi tunggu apa lagi, jom serbu pasaraya terdekat dengan korang dan beli produk Roti Chanai Kawan. Korang boleh dapatkan dalam 2 variasi iaitu 15pcs pak yang sesuai untuk sekeluarga  dan juga pak biasa 5pcs. Nikmati keranggupan roti No.1 dunia bersama keluarga. 

Maklumat lanjut berkaitan produk dan promosi, layari laman sosial rasmi Kawan Food di Facebook dan Instagram

Penulis editorial separuh masa di Oh!Media. Semoga hari-hari pembaca indah dengan artikel saya. Cehwahh.

Lagi dalam kategori Branded

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas