Connect with us

Oh! Media

Dua Wad Terbakar Di Hospital Pantai, 50 Orang Terpaksa Dipindahkan

dua wad terbakar

Oh! Tidak

Dua Wad Terbakar Di Hospital Pantai, 50 Orang Terpaksa Dipindahkan

30 orang pesakit termasuk penjaganya terpaksa dipindahkan selepas dua wad terbakar di Hospital Pantai Shah Alam, malam tadi.

ADVERTISEMENT

BACA: “Ingatkan Serangan Jantung..” – Badan Rasa Kebas, Caprice Dikejarkan Ke Hospital

Menurut Kosmo, 20 orang kakitangan hospital juga turut sama-sama dipindahkan namun tiada laporan maut dilaporkan.

Panggilan kecemasan

Situasi di bilik wad (Foto: Sinar Harian)

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata,seramai 13 anggota dan pegawai bomba dikejarkan ke hospital sejurus mendapat panggilan kecemasan pada jam 11.38 malam tadi.

Norazam Khamis mengatakan setibanya di lokasi kejadian, didapati dua buah bilik wad terbakar dan telah dikosongkan.

Pasukan bomba kemudiannya menggunakan konsep ‘receo’ iaitu membuat kerja menyelamat, memindahkan pesakit dan kerja pemadaman.

Turut dipasang adalah tangga sehingga api padam sepenuhnya.

Norazam Khamis menjelaskan, api berjaya dikawal selepas 10 minit dan operasi di lokasi ditamatkan pada jam 12.57 pagi. Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top