Baru-baru ini tular di media sosial rakaman video menunjukkan butik pakaian terkenal di Bangi terbakar. Kalau korang tengok video yang dimuat naik, boleh nampak anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang bertungkus lumus memadamkan api.
BACA: Butik Baju Melayu Terkenal Terbakar Di Bangi, Tapi Netizen Pelik Lepas Tengok Rakaman Kebakaran?
Terbaru, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan pihaknya akan menyiasat pemilik butik yang dipercayai telah ingkar arahan yang diberikan anggota bertugas di lokasi kejadian.
@elazman ALLAH DATANGKAN UJIAN UNTUK KITA KUAT, ALLAH TANGGUHKAN SESUATU SUPAYA KITA SABAR.ALLAH HILANGKAN SESUATU SUPAYA KITA REDHA.PERCAYALAH ADA HIK MAN DISEBALIKNYA. Alhamdulillah dugaan itu rezeki butik ELRAH EXCLUSIVE Bangi
♬ original sound – El Azman
Menurut Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad, siasatan menyeluruh akan dibuat untuk mengetahui situasi sebenar menyebabkan pemilik premis boleh masuk ke dalam premis terbakar walaupun telah dihalang.
Jelasnya, pegawai bertugas melarang sesiapa masuk kerana bimbang dengan keselamatan pemilik dan pekerja butik ketika itu.
Selain itu, anggota bomba juga perlu memastikan nyawa penghuni lain di dalam premis, orang awam dan anggota bertugas dalam keadaan selamat.
Terdapat juga kandungan berhubung kejadian, kalau nak buat kandungan sekalipun, jangan sehingga membahayakan dan mengancam nyawa.
Mungkin nampak asap kebakaran sikit sahaja, tetapi kalau oksigen berada di bawah 16 peratus, boleh menyebabkan pengsan.
Beliau berkata, kebakaran berlaku bukan di dalam bangunan tetapi di bahagian ruangan tangga yang diletakkan kotak-kotak kosong.
Tindakan perundangan dari beberapa sudut boleh diambil sekiranya ada bukti menunjukkan pemilik butik ingkar arahan antaranya menghalang anggota bomba mengawal api kebakaran di dalam premis itu.
Kredit: Astro Awani
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media