Connect with us

Oh! Media

Kenderaan Dijangka Bertambah, Polis Negeri Sembilan Tingkatkan Pemantauan

polis

Trending

Kenderaan Dijangka Bertambah, Polis Negeri Sembilan Tingkatkan Pemantauan

Memandangkan aktiviti rentas negeri dibenarkan bermula hari ini, anggota polis Negeri Sembilan akan terus melakukan pemantauan terhadap kelancaran trafik dan melaksanakan aktiviti penguasaan di negeri ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Rentas Negeri Dibenarkan Bermula Esok

Menerusi laman Berita Harian, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, tindakan ini dilakukan demi menjaga keselamatan penduduk awam kerana kerajaan menjangkakan akan ada peningkatan kenderaan memasuki negeri ini.

Kelancaran aliran trafik

polis

Datuk Mohamad berkata, beliau akan meningkatkan pemantauan terhadap prosedur operasi standard (SOP) dengan lebih ketat untuk memastikan rakyat mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Polis terus melaksanakan tugas memantau bagi kelancaran aliran trafik dan tindakan penguatkuasaan juga akan terus dilaksanakan untuk kepentingan dan keselamatan awam.

Tidak dapat diketahui jumlah sebenar, (kemasukan kenderaan), namun adalah dijangkakan ia akan bertambah berbanding sebelum ini. -Ketua Polis Negeri Sembilan

Beliau juga akan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan bagi ketenteraman awam dan keselamatan penduduk Negeri Sembilan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas