Connect with us

Oh! Media

“Ingatkan Serangan Jantung..” – Badan Rasa Kebas, Caprice Dikejarkan Ke Hospital

Oh! Artis

“Ingatkan Serangan Jantung..” – Badan Rasa Kebas, Caprice Dikejarkan Ke Hospital

Sejak akhir-akhir ini, usahawan dan penyanyi rap, Caprice dilihat semakin sibuk dalam menguruskan hal perniagaan miliknya dan dilihat aktif berkongsi di media sosial.

ADVERTISEMENT

BACA: “Mereka Rasa ‘Cable’ Lagi Hebat Dari Undang-Undang” – Caprice Buat Laporan Polis?

Dia juga dibanjiri dengan pelbagai soalan daripada netizen dan usahawan berusia 33 tahun dilihat gemar menjawab soalan itu melalui sesi soal jawab di Insta story miliknya.

Caprice dikejarkan ke pusat perubatan

Namun, disebalik kesibukan bekerja, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dilaporkan telah dikejarkan ke hospital selepas menyangka dirinya terkena serangan jantung.

Perkara itu dikongsikan di Insta story memaparkan dirinya telah berada di sebuah pusat perubatan di ibu negara hari ini.

Menurutnya, semasa awal kejadian, dia menyangka bahawa dirinya terkena serangan jantung oleh kerana seluruh bahagian kanan badannya berasa kebas.

Saya ingatkan kena serangan jantung. Seluruh bahagian kanan badan saya rasa kebas.

Saya bangun tidur pagi ini dengan sakit dada yang teruk. Sakitnya berbeza daripada apa yang saya alami di Jordan dan di Kuala Lumpur sebelum ini.

Tambahnya lagi, dia juga mengakui tidak mampu bercakap dengan betul sebelum menghubungi ambulan. Bagaimanapun, dia bersyukur pasukan perubatan datang tepat pada waktunya.

Doktor cakap ada tanda-tanda ‘Hyperthyroid’

Menurut doktor, Caprice diberitahu berkemungkinan menghidap hyperthyroid selepas dilihat terdapat tanda-tanda tersebut ketika ujian darah dilakukan.

Selepas buat ujian darah dan buat beberapa imbasan, saya diberitahu ada tanda-tanda ‘hyperthyroid’. Kalian boleh buat carian Google sendiri kalau nak tahu lebih lanjut tentangnya.

Menurut DoctorOnCall, hyperthyroidism ialah kelenjar tiroid yang terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon serta membuatkan metabolisme badan meningkat.

Selain itu, Caprice juga berharap agar masalah kesihatannya segera sembuh tanpa melalui rawatan yang serius iaitu pembedahan.

Tak boleh lama di sini (hospital), itu yang pasti sebab saya banyak kerja nak buat. Patutlah selama ini saya susah nak tidur, selalu resah dan sesak nafas.

Saya harap semua ini boleh dirawat dengan ubat-ubatan janganlah sampai opsyen lain (rawatan Radioterapi dan pembedahan).

Walaubagaimanapun, ini bukan satu perkara yang baharu buat Caprice kerana sebelum ini dia juga pernah dimasukkan ke pusat perubatan di Jordan gara-gara mengalami demam selepas menerima suntikan.

Selain itu, pada April 2020, di juga turut dikejarkan ke pusat perubatan di Ampang akibat sakit dada dan sesak nafas dan hasil pemeriksaan mendapati dia mengalami masalah asid perut berlebihan.

Kredit: Instagram Caprice I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas