Connect with us

Oh! Media

Doktor Kontrak Dapat Tawaran Lumayan Di Luar Negara?

doktor kontrak

Trending

Doktor Kontrak Dapat Tawaran Lumayan Di Luar Negara?

Hartal Doktor Kontrak ini telah dibuat bagi menuntut jaminan pelantikan tetap bagi doktor yang baharu dan kontrak, menuntut hak gaji, serta jaminan sama seperti doktor tetap yang lain.

ADVERTISEMENT

BACA: Polis Buka Kertas Siasatan Berhubung Himpunan Hartal Doktor Kontrak Di HKL

Menerusi laman Sinar Harian, dianggarkan 1,000 hingga 2,000 doktor kontrak di Malaysia telah mencari peluang pekerjaan dan kerjaya di luar negara atas beberapa faktor.

Tawaran lebih lumayan

doktor kontrak

Dr Umar Baraka, wakil kepada Gerakan Hartal Kontrak menyatakan sebab mereka meninjau peluang pekerjaan di luar negara kerana mendapat tawaran lebih lumayan, layanan lebih baik daripada luar negara.

Mereka juga mengatakan salah satu sebab lain adalah kecewa terhadap negara kita, Malaysia.

Kekecewaan itu telah lama dirasai oleh doktor kontrak. Contohnya, apabila kes Covid-19 naik di Singapura, mereka juga alami kekurangan sumber tenaga kerja.

Mereka kemudian melihat peluang untuk menarik sumber tenaga kerja dari Malaysia. Ia bukan sahaja di Singapura secara khusus, ditambah pula Bajet 2022 yang tidak disangka, menyebabkan ramai merancang untuk berhijrah.

Semasa doktor kontrak melakukan mogok sebelum ini, kita meminta untuk jawatan tetap tetapi mengejutkan semasa pengumuman Bajet 2022, hanya mendapat lanjutan kontrak yang dilihat tidak selesaikan masalah iaitu sistem kesihatan kita.

Dr Umar menyatakan rasa kecewa, lebih-lebih lagi selepas pengumuman Bajet 2022. Bajet tersebut tidak membela nasib Doktor Kontrak di Malaysia dan hanya meneruskan kontrak seperti biasa.

Katanya, keadaan ini akan menyebabkan lebih ramai doktor berpindah ke luar negara dan Malaysia akan kekurangan doktor dalam masa tiga tahun.

Beliau juga menegaskan bahawa kesalahan ini terletak di bahu ahli politik yang takut untuk melakukan perubahan sistem dan polisi.

Semoga masalah Doktor Kontrak ini dapat diselesaikan dengan sempurna oleh kerajaan. Kesian orang dah belajar penat-penat tapi tak mendapat hak yang sepatutnya..

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas