Connect with us

Oh! Media

Polis Buka Kertas Siasatan Berhubung Himpunan Hartal Doktor Kontrak Di HKL

Trending

Polis Buka Kertas Siasatan Berhubung Himpunan Hartal Doktor Kontrak Di HKL

Bermula jam 11 pagi hari ini, sekumpulan doktor kontrak daripada fasiliti kesihatan seluruh negara berhimpun menuntut jaminan pelantikan tetap bagi doktor kontrak dan baharu. Mereka dipercayai turut menuntut hak gaji serta kebajikan sama rata dengan doktor tetap termasuk cuti dan faedah.

ADVERTISEMENT

BACA: Perarakan Mogok Aman Disertai Oleh Doktor Kontrak Di Beberapa Hospital

Terbaru, Harian Metro melaporkan polis akan menyiasat tindakan sekumpulan pegawai perubatan kontrak di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang berkumpul berhubung Hartal Doktor Kontrak tersebut.

hartal doktor kontrak

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, kesemua peserta yang terbabit akan dipanggil untuk merakam keterangan dalam masa terdekat. Kata beliau lagi, tindakan kumpulan itu melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam tempoh PKP ini tiada sesiapapun dibenarkan berhimpun mengikut Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (Akta 342).

Jelasnya, untuk arahan lanjut, pihak polis akan merujuk kertas siasatan lengkap kepada Pejabat Peguam Negara. Siasatan dijalankankan mengikut Seksyen 21(a) Akta 342 dan Peraturan 17 Akta 342 kerana melanggar SOP yang boleh dikenakan kompaun.

Dilaporkan, kira-kira 50 pegawai perubatan kontrak keluar dari lobi utama HKL pada jam 10.55 pagi dan berkumpul di bahagian bangunan parking. Mereka dilihat memegang kad tertera perkataan Hartal Doktor Kontrak, pakar perubatan masa depan dan #tetaplawan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas