
Oh! Tidak
“Dia Pukul Kepala Ayah Saya Guna Steering Lock” – Polis Cari Lelaki Serang Pemandu Bas Panorama
Oleh
Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang didakwa membawa kereta jenis Perodua Alza Silver yang dipercayai bertindak menyerang sebuah bas serta mencederakan pemandu bas Panorama dalam kejadian di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Tun Mamat, Melaka, awal bulan ini.
Menurut laporan Harian Metro, kejadian ini tular selepas anak kepada pemandu bas tersebut memuat naik hantaran di laman Facebook mengenai ayahnya yang berusia 56 dipukul oleh lelaki tersebut sehingga menyebabkan ayahnya dimasukkan ke hospital.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa berselisih dengan kenderaan suspek di Jalan Tun Ali menghala ke Jalan Tun Mamat, sebelum lelaki terbabit mengikuti bas itu sehingga ke hadapan sebuah pasar raya.
Semasa mangsa menurunkan penumpang, suspek memberhentikan kenderaan di hadapan bas terbabit dan keluar dalam keadaan marah sebelum menumbuk cermin sisi bas tersebut.
Suspek kemudian pergi keretanya dan mengambil besi pembuka tayar lalu mengetuk cermin hadapan sebelah pemandu dan cermin sisi kiri bas sehingga retak.

Suspek kemudian didakwa masuk ke dalam bas dan memukul kepala mangsa menggunakan besi yang sama di sebelah kiri kepala pengadu sebelum beredar.
Kesan daripada pukulan itu, mangsa mengalami bengkak bahagian kepala
Berdasarkan keterangan dari mangsa, suspek dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an dan berbadan gempal selain turut memandu kereta Perodua Alza bewarna kelabu dan bahagian sisi kiri dan kanan hadapan pula berwarna hitam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Kredit: Harian Metro
