Connect with us

Oh! Media

Rakyat Malaysia Sumbang Lebih RM17.8j Kepada Palestin

Trending

Rakyat Malaysia Sumbang Lebih RM17.8j Kepada Palestin

Sumbangan orang ramai terhadap rakyat Palestin berjaya dikumpul sebanyak RM17.8 juta dana menerusi MyAqsa Defenders (MAD) oleh pelbagai badan bukan kerajaan (NGO), selebriti dan ikon kemanusiaan. Alhamdulillah, terbaik rakyat Malaysia!

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Berita Harian, MAD ada membuat kenyataan dimana sumbangan itu akan disalutkan kepada klinik Malaysia-Al Aqsa, khidmat guaman di Sheikh Jarrah, kafalah keluarga miskin di Baitulmaqdis dan bantuan kecemasan Gaza secara berperingkat.

Kempen khusus pengumpulan dana dari ahli gabungan NGO juga dijalankan sejak hari pertama serangan Israel dan hasil sumbangan dan kepercayaan rakyat Malaysia sumbangan terkumpul sehingga semalam ialah berjumlah RM17,878,518.37.

Ini menunjukkan keprihatinan rakyat Malaysia kepada perjuangan pembebasan isu Palestin dan kepercayaan kepada gabungan ini untuk menguruskan amanah dengan telus dan penuh integriti.

Serangan Israel kepada Palestin telah dilancarkan pada 7 Mei lalu dengan lebih 210 orang yang terkorban. Allahu! MAD ini menggabungkan 20 NGO termasuk beberapa selebriti dan ikon kemanusiaan di Malaysia. Memang terbaik! #PrayForPalestine #ShameOnIsrael #IsraelKoyak

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas