Connect with us

Oh! Media

Lelaki Maut Ditikam Gara-Gara Terpijak Kepala, Suspek Kini Diburu

Trending

Lelaki Maut Ditikam Gara-Gara Terpijak Kepala, Suspek Kini Diburu

Di Kok Lanas, Kelantan, seorang lelaki maut selepas ditikam penjaga ayam yang berang gara-gara kepalanya terpijak oleh mangsa ketika sedang tidur. Memetik laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku sekitar jam 11.46 malam di Kampung Che Arus, Bukit Merbau itu menyebabkan suspek warganegara Thailand yang dikenali sebagai Man Siam melarikan diri.

ADVERTISEMENT
Sekadar gambar hiasan

Berkongsi dengan lebih lanjut, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata pada malam kejadian mangsa bersama bapa sepupunya ke rumah seorang ahli keluarga.

Apabila tiba di rumah ahli keluarga, mangsa yang mengenali suspek pergi ke reban ayam di belakang rumah untuk mencarinya.

Tidak lama kemudian, suspek datang ke rumah dan memberitahu dua lelaki terbabit bahawa dia sudah menikam mangsa menggunakan pisau atau golok kecil bersarung.

Menurut laporan, suspek tinggal di reban ayam di belakang rumah sejak mula bekerja sebagai penjaga ayam ternakan milik keluarga berkenaan awal tahun ini.

Man Siam diburu polis untuk membantu siasatan
Foto: Harian Metro (Ihsan Polis)

Mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Machang dan disahkan meninggal dunia. Pihak polis kini sedang giat mengesan Man Siam dan memohon kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat untuk membantu siasatan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

Dalam perkembangan lain, bapa saudara mangsa, Nur Tarmin Mat Salleh berkata arwah adalah pekerja sambilan dan datang ke rumahnya pada malam kejadian untuk membantu kerja di reban ayam.

Pekerja saya itu datang beritahu dia sudah menikam mangsa kerana mangsa memijak kepala, menyepak dan memukulnya ketika dia sedang tidur di bangsal berdekatan reban ayam.

Saya terkejut sebaik dimaklumkan pekerja saya dipanggil ‘Man Siam’ yang juga bekas pelajar pondok itu berbuat demikian kerana dia seorang yang baik serta bertubuh kecil.

Menurut Nur Tarmin lagi, ketika itu, dia sedang berbual dengan seorang ustaz sebelum bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas