Connect with us

Oh! Media

Dua Beradik Diselamatkan JKM, Raih RM10k Sebulan Hasil Menyanyi Di Jalanan

penyanyi jalanan

Trending

Dua Beradik Diselamatkan JKM, Raih RM10k Sebulan Hasil Menyanyi Di Jalanan

Di Banda Hilir Melaka, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyelamatkan dua beradik yang dipercayai telah dieksploitasi ibu sendiri.

ADVERTISEMENT

Lapor Sinar Harian, dua beradik lelaki berusia 13 dan 15 tahun itu didapati meraih simpati orang ramai dengan menyanyi di kaki lima sebuah pusat beli-belah.

Hasil menyanyi, orang ramai memberi sumbangan sekitar RM300 hingga RM600 sehari terutama pada hujung minggu. Jadi, kalau dikira sebulan pendapatan adik beradik ini mencecah RM10,000!

jkm

Pengarah JKM Melaka, Zulkifli Hanifah memaklumkan si ibu rupa-rupanya penerima bantuan bulanan JKM untuk menambahkan pendapatan sejak empat tahun lalu.

Si ibu yang dikatakan ada masalah kesihatan akan meninggalkan anak-anak di lokasi untuk menyanyi dan hanya memerhatikan dari jauh.

adik beradik

Dua beradik yang masih bersekolah di Bukit Katil itu akan menyanyi pelbagai jenis lagu bermula jam 8.30 malam hingga 3 pagi.

Beliau berpendapat golongan bawah umur seperti ini tidak sepatutnya dibiarkan berada di jalanan sehingga lewat pagi.

Kita akan bawa kedua-dua beradik ini ke pejabat JKM dan melihat kesesuaian sama ada akan ditempatkan di pusat kebajikan atau pengawasan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611)

Tambahnya, jika perlu, JKM akan meletakkan dua beradik itu di rumah kebajikan bersesuaian agar mereka dapat menjalani kehidupan normal.

Dalam operasi yang sama, JKM turut menyelamatkan seorang remaja memakai maskot dan lima gelandangan yang mengemis di kawasan itu.

BACA: JKM Siasat Video Tular Budak Lelaki Jual Kerepek Sampai Tertidur Di Kaki Lima

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas