Connect with us

Oh! Media

Individu Boleh Rakam Video Terima Suntikan Vaksin Di PPV – Khairy Jamaluddin

rakam video vaksin

COVID-19

Individu Boleh Rakam Video Terima Suntikan Vaksin Di PPV – Khairy Jamaluddin

Sebelum ini, terdapat arahan yang memaklumkan bahawa penerima vaksin tidak dibenarkan untuk merakam dan mengambil gambar ketika menerima dos suntikan di pusat pemberian vaksin (PPV).

ADVERTISEMENT

Terbaharu, Menteri Penyelaras Progaram Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin membenarkan individu yang menerima vaksin untuk mengambil video atau gambar ketika menerima suntikan di PPV.

https://twitter.com/JKJAVMY/status/1418441341780979712

Ini demi memastikan setiap penerima mempunyai bukti yang kukuh untuk mendapatkan kadar vaksin yang lengkap dan sempurna.

SOP yang sedia ada akan tetap berjalan dimana petugas kesihatan akan menunjuk picagari yang sudah diisi dengan kuantiti vaksin yang sempurna kepada penerima vaksin.

Selain itu, Khairy juga memaklumkan perkara ini mendapat kebenaran daripadanya dan juga Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba. Jika sebelum ini ada arahan untuk tidak membenarkan kemudahan tersebut, maka sekarang penerima vaksin boleh merakam video penerimaan suntikan mereka.

Anda boleh merakam video diri masing-masing ketika menerima vaksin, jadi anda dan pihak kami mempunyai bukti yang kukuh bahawa vaksin yang sempurna telah diberikan – Khairy Jamaluddin

Tambahnya, kebenaran itu diberikan supaya tidak menganggu perjalanan PICK pada masa ini.

Ini cuma satu atau dua kes kecuaian manusia, ia tidak boleh menyebabkan segala susah payah dan kerja keras petugas kesihatan menjadi tidak bermakna

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut ketika sidang media Progaram PICK bersama Menteri Kesihatan di Putrajaya pada Jumaat.

Kredit : Twitter JKJAV

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas