Connect with us

Oh! Media

‘Breathing Test Kit’, KKM Pertimbang Guna Kaedah Baru Mengesan Covid-19

COVID-19

‘Breathing Test Kit’, KKM Pertimbang Guna Kaedah Baru Mengesan Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan pertimbangkan penggunaan alat ujian pernafasan yang dilaporkan sebagai kaedah pengesanan baharu virus Covid-19.

ADVERTISEMENT

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata pihaknya kini dalam proses menunggu permohonan untuk pembekalan alat ujian tersebut.

“Setakat ini kita dalam proses untuk menerima permohonan dan kita ada agensi Medical Device Authority (MDA) yang boleh menerima permohonan daripada pembekal untuk menjalankan ujian klinikal bagi menentukan kegunaan di negara ini.

“Alat itu pada masa ini digunakan di Singapura untuk kesan virus menerusi pernafasan dan kaedah ini perlu diteroka untuk diguna pakai di negara ini,” katanya pada sidang media secara maya, hari ini.

Alat ujian pernafasan yang mudah digunakan ini dapat mengesan Covid-19 dengan tepat dalam seminit ini sudah mendapat kelulusan sementara Lembaga Sains Kesihatan Singapura (HSA).

Syarikat terbitan Universiti Nasional Singapura (NUS) telah membangunkan jenama Breathonix Pte Ltd dengan sistem ujian Pernafasan BreFence Go bagi mengesan virus berkenaan.

Dr Adham berkata, sejak berita ujian pernafasan itu tular di media sosial, MDA sudah pun membuat carian di laman web laboratori luar negara.

“Hasil carian mendapati Lembaga Sains Kesihatan Singapura (HSA) dan Therapeutic Goods Administration (TGA) Australia hanya membenarkan penggunaan kit ujian COVID-19 untuk kegunaan profesional.

“Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) Amerika Syarikat pula membenarkan penggunaan ujian sendiri.

“Tetapi kita masih menunggu supaya pihak MDA boleh meluluskan permohonan daripada pembekal dan selepas itu kita boleh guna kit ujian guna sampel pernafasan ini yang dilihat lebih mudah apabila masanya sampai,” katanya.

Tambah beliau, KKM juga melakukan ujian lain bagi mengesan virus Covid-19 seperti ujian pengesanan kendiri melalui sampel air liur.

“Orang ramai buat ujian sendiri untuk tahu status, mereka yang bergejala, sekiranya didapati positif asingkan diri dan kongsi maklumat sama ada dalam MySejahtera atau pegawai kesihatan di pusat kesihatan berdekatan,” katanya.

Kredit : BeritaHarian

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas