Connect with us

Oh! Media

BJAK Kantoi Tiada Kelulusan Perkhidmatan Pembaharuan Cukai Jalan Dari JPJ

Oh! Tidak

BJAK Kantoi Tiada Kelulusan Perkhidmatan Pembaharuan Cukai Jalan Dari JPJ

Tindakan BJAK yang menguar-uarkan iklan perkhidmatan yang disediakan termasuklah pembaharuan cukai jalan telah mengundang padah.

ADVERTISEMENT

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menegaskan syarikat berkenaan tidak ada kelulusan dari JPJ mahupun Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) untuk menjalankan perkhidmatan itu.

BACA: Kelindan Lori Berlagak Samseng Tumbuk Anggota JPJ Dipenjara

Menerusi kenyataan yang di aplikasi X, pihak JPJ juga berkata BJAK dakwa mempunyai kelulusan pihak berkuasa adalah tidak benar dan mengelirukan orang awam.

JPJ juga telah menerima beberapa aduan daripada orang awam berkaitan isu tempoh sah laku cukai jalan yang tidak dikemas kini dan syarikat mengenakan caj tambahan semasa menggunakan perkhidmatan ini.

BJAK difahamkan berjaya dapatkan kepercayaan pelanggan dengan menggunakan taktik ‘mengupah’ artis untuk mengiklankan perkhidmatan mereka.

Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ) turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan platform yang menawarkan perkhidmatan yang tidak sah ini bagi mengelakkan penipuan dan kerugian.

Orang ramai juga digalakkan untuk melakukan urusan pembaharuan ini melalui kaunter JPJ terdekat, aplikasi MYJPJ atau platform yang telah disahkan sahaja.

Kredit: X @JPJ_Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas