Connect with us

Oh! Media

Isa Isarb Dikecam Lagi! Buat Content Lelaki Perempuan Tinggal Dan Tidur Serumah

Isa isarb ohmedia

Oh! Artis

Isa Isarb Dikecam Lagi! Buat Content Lelaki Perempuan Tinggal Dan Tidur Serumah

Apa lagi ni Isa Isarb? Youtuber yang cukup terkenal dengan pelbagai content kontroversi sekali lagi dikritik apabila salah satu video penggambaran content mereka tersebar.

Video itu tersebar di aplikasi X yang menimbulkan persoalan seperti motif dan manfaat  content tersebut dirakam.

Apa yang Ohmedia faham, Isa Isarb sebelum ini ada mencari beberapa orang peserta yang akan tinggal di dalam sebuah banglo besar selama 77 hari yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Ala, macam reality show orang putih tu…

IKLAN

Sepanjang tempoh itu juga, akan berlaku penyingkiran ‘peserta’ pada setiap episod mengikut undian penonton.

Netizen kritik lelaki perempuan tinggal dalam satu rumah…

Bagaimanapun, rata-rata netizen mengkritik idea content tersebut kerana peserta lelaki dan perempuan hanya berasingan ketika waktu tidur dan selain daripada itu mereka bergaul bebas di dalam rumah terbabit.

Berdasarkan beberapa episod yang telah dimuat naik, boleh dilihat beberapa katil double decker ditempatkan di dalam kediaman tersebut untuk ‘dorm’ lelaki.

Bukan itu sahaja, pergaulan bebas antara peserta lelaki dan perempuan di situ juga turut mengundang kecaman warganet dan menimbulkan kerisauan sehingga ada yang mempersoal ibu bapa mereka yang memberi keizinan.

Isa Isarb
Isa Isarb

Kredit: Aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas