Connect with us

Oh! Media

Trending

Penduduk Setempat Bongkar Sesuatu Mengenai Suspek Tembak Mati Anggota Polis Dan Keluarganya

Hangat di media sosial mengenai kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram Johor Bahru oleh seorang lelaki bersenjatakan parang awal pagi tadi.

Hasil siasatan mendapati suspek merupakan anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI). Kini, pihak polis masih menyiasat motif utama serangan dan apa agenda JI yang sebenarnya.

IKLAN

BACAAllahyarham Azza Fahmi Dan Muhamad Syafiq Anggota Ronda Cegah Jenayah, Baru 2 Tahun Berkhidmat

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, ahli keluarga suspek itu juga dikatakan tidak bergaul mesra dengan penduduk setempat.

Kawasan rumah keluarga suspek terletak di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram, hanya tujuh kilometer dari balai terbabit.

Bukan tu jer, kawasan kediaman keluarga itu turut berada dalam kawasan persendirian yang berpagar. Siap ada papan tanda dilarang masuk lagi dekat depan!

Penduduk di kediaman itu juga mula risau atas kejadian yang berlaku dan berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan dengan sebaiknya.

Saya yakin polis akan ambil tindakan dan siasat untuk menjaga keamanan dan keharmonian penduduk kampung.

Salah seorang penduduk kampung itu juga ada berkata yang suspek ada 4 adik-beradik.

Dipercayai mereka adik-beradik tidak mendapat ajaran pendidikan yang formal dan dididik oleh bapa mereka sendiri, iaitu berkemungkinan dengan ajaran yang ekstrimis.

Penduduk memang bimbang apabila suspek duduk di sini, namun kita yakin dengan kecekapan polis dalam memastikan insiden ini tidak lagi berlaku.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas