Oh! Artis
“Kita Ni Tak Boleh Ikutkan Perasaan Syaitan” – Ning Baizura Minta Netizen ‘Unfollow’ Kalau Tak Suka
Penyanyi Ning Baizura akhirnya tampil menjelaskan isu viral yang membabitkan dirinya baru-baru ini. Ning menafikan dakwaan tidak cakna dengan apa yang berlaku di Palestin dan Rafah.
BACA: “Tak Payah Nak Blockout Orang Sangat” – Peminat Jelaskan Salah Faham, Ning Baizura Hanya Baca Komen
Di sesi live itu, dia sebenarnya sedang sibuk melayani permintaan peminatnya untuk menyanyi. Dalam situasi kelam kabut itu, dia hanya membaca komen tanpa niat mempersendakan apa-apa pun.
Walaupun sudah memberi penjelasan berkenaan situasi sebenar, ada netizen menjadikan ruangan komen Instagramnya sebagai platform untuk berbalah.
Jadi, Ning memohon sesiapa yang tidak suka untuk move on dan berhenti follow akaun media sosialnya. Ujar penyanyi ini, kata-kata kesat dan mengaibkan bukanlah ajaran agama yang sebenar.

Kata Ning lagi, netizen perlu cermin diri sendiri sebelum mengeluarkan kenyataan kurang bijak terhadap dirinya.
Jangan buang masa nak mengutuk. Nak berbalah di sini. Allah Maha Kuasa! Maha Pengampun! Kita ni tak boleh ikutkan perasaan syaitan. Sabar ya.
Terdahulu, Ning dituduh tidak peka dengan isu Rafah yang kini menjadi perhatian dunia. Ini membuatkan netizen menyenaraikan Ning dalam ‘list’ #Blockout2024.
Kredit: Instagram Ning Baizura
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM