Trending
Isa Isarb Batal Program 77 Hari Tanpa Telefon Selepas Dikecam, Mengaku Tanggung Kerugian Besar
Youtuber yang cukup terkenal dengan content kontroversi, Isa Isarb sekali lagi dikritik apabila salah satu video penggambaran program terbarunya tersebar.
BACA: Isa Isarb Dikecam Lagi! Buat Content Lelaki Perempuan Tinggal Dan Tidur Serumah
Netizen mempertikaikan program ‘Hero Teladan’ yang dibuat Isa apabila peserta lelaki dan perempuan ditempatkan dalam satu rumah.
Untuk program itu, peserta diberi cabaran 77 hari tanpa telefon dan penyingkiran akan berlaku setiap minggu. Pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000.
Macam mana perempuan boleh selesa tidur dikelilingi lelaki macam ni? pic.twitter.com/uq98oBCJ8r
— Bbie. (@twtbiy) May 16, 2024
Sedar program tersebut dikritik hebat, Isa tampil memberi penjelasan dan mengaku apa yang dilakukannya salah.
Katanya, peserta lelaki dan wanita tersebut bukan sebahagian daripada pasukannya, content creator atau influencer.
Jelasnya lagi, ianya adalah cabaran di mana siapa yang dapat duduk 77 hari tanpa telefon akan menang. Namun, Isa mungkin akan membubarkan program itu selepas menerima teguran ramai.
Walaupun peserta diminta balik, Isa berkata dia tidak akan membiarkan mereka menanggung kerugian. Hadiah akan dibahagikan kepada peserta secara sama rata.
Youtuber ini mengaku anggaran kerugian yang ditanggung pihaknya sebanyak RM500,000. Dalam video penjelasan tersebut, Isa menunjukkan segala equipment lengkap yang telah disediakan untuk menjayakan program itu.
Dia bagaimanapun mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku dan meminta maaf kepada semua orang.
Kredit: TikTok Isa Isarb
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM