Connect with us
jpj

Oh! Gear

Ford Mustang Guna Nombor Plat Palsu Disita Oleh JPJ 

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor masih meneruskan operasinya mengambil tindakan sita ke atas sebuah kereta sport jenis Ford Mustang yang didapati menggunakan nombor plat palsu.

Difahamkan, kereta berwarna itu ditemui semasa anggota penguatkuasa melakukan rondaan di sekitar Jalan Kapar di Klang, Selangor.

IKLAN

Malah, hasil semakan mendapati kenderaan itu didapati mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain dan belum berdaftar serta tiada rekod di dalam sistem JPJ.

Tindakan telah diambil dengan mengeluarkan satu notis atas kesalahan pemalsuan dokumen.

Tambahan, kenderaan berwarna merah itu disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasa JPJ Selangor untuk siasatan lanjut.

JPJ Negeri Selangor menegaskan pihaknya sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua jenis kenderaan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan.

BACA: JPJ Bakal Laksana Operasi Khas Besar-Besaran Kenderaan Perdagangan

Terdahulu, umum Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melaksanakan operasi khas besar-besaran terhadap kenderaan perdagangan, terutama lori membawa muatan pasir.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


  • jpj
  • jpj

Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas