Connect with us

Oh! Media

Beli Borang Rentas Negeri Palsu Berharga RM200, Warga Asing Ditahan

Trending

Beli Borang Rentas Negeri Palsu Berharga RM200, Warga Asing Ditahan

Cubaan dua warga asing merentas negeri dengan menggunakan borang palsu petang semalam tidak beraya apabila kedua suspek ditahan di sekatan jalan raya Plaza Tol Bentong menghala ke Kuantan dan dipercayai suspek membeli borang itu seharga RM200.

ADVERTISEMENT

BACA: Kantoi Guna Borang Palsu, Warga Asing Ditahan

Mengikut laporan Berita Harian, warga asing berumur 24 dan 27 tahun itu ditahan ketika menaiki sebuah bas ekspress dari Pulau Pinang menuju ke Kuantan dalam keadaan yang mencurigakan sebelum pihak polis bertindak memeriksa kedua suspek.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pegawai dan anggota polis Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menahan kedua suspek dan hasil siasatan dokumen mendapati palsu dan dicetak.

Hasil siasatan dokumen berkenaan disalin semula daripada yang asal dan digunakan kembali. Kedua-dua suspek juga akhirnya mengaku dokumen berkenaan diperoleh daripada seorang rakannya dengan bayaran RM200 sekeping.

Hasil siasatan juga mendapati suspek tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Zaiham berkata, suspek disasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan dan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebatan.

Suspek itu juga boleh didakwa mengikut seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959, dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-dua sekali dan turut boleh dikenakan enam kali sebatan

Selain suspek, empat penumpang bas yang sama turut dikenakan kompaun kerana tiada borang rentas negeri mengikut Akta Peraturan 25(A) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) dan boleh dikenakan kampaun sehingga RM5,000.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas