Connect with us

Oh! Media

Ibu Cedera Terkena Pisau, ‘Diserang’ Anak Semasa Solat Tarawih

Cover Photo Om 1200 X 675 2

Trending

Ibu Cedera Terkena Pisau, ‘Diserang’ Anak Semasa Solat Tarawih

Seorang lelaki ditahan polis selepas membuat serangan menggunakan dua bilah pisau di sebuah rumah di Taman Orkid, Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Memetik laporan Kosmo!, kejadian itu menyebabkan ibu suspek cedera terkena pisau ketika cuba mengelak daripada serangan anak lelakinya. Menceritakan dengan lanjut, ibu bapa suspek pada ketika itu sedang menunaikan solat tarawih secara berjemaah di ruang tamu rumah.

Anak serang ibu

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, suspek telah keluar dari bilik dan mengambil dua bilah pisau dapur sebelum cuba menyerang ibu bapanya.

IKLAN

Lelaki itu telah menghalakan pisau berkenaan ke arah ibunya sebelum bapa suspek menolaknya bagi mengelakkan mereka dicederakan.

Pisau itu kemudiannya terkena lengan ibunya kerana cuba menghalang pisau dengan tangan dan suspek terjatuh, namun tidak melawan selepas itu.

Tambahnya, ibu suspek yang berusia 56 tahun menerima 10 jahitan kerana mengalami luka sedalam 2 sentimeter dan sepanjang 6 sentimeter pada lengan kiri.

Kita turut merampas dua bilah pisau dapur sepanjang 27 sm dan 31 sm berhulu plastik.

Siasatan lanjut turut mendapati suspek positif dadah dan mempunyai masalah mental sejak 2016.

Selepas menerima laporan daripada adik perempuan suspek, suspek berjaya ditahan di rumah berkenaan kira-kira jam 10.15 malam. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas