Connect with us

Oh! Media

Branded

Jom Cuti-Cuti? Kami Kongsi 12 Lokasi Terbaik Mesti Kunjung Penang!

Ada perancangan nak bercuti ke Penang? Anggap je plan untuk korang cari tempat menarik selesai! Kami senaraikan semuanya dan paling best, ada baucar sehingga RM150 dari Klook dan Penang Global Tourism. Jom Penang?

The Habitat, Bukit Bendera

Tak sah rasanya kalau tak ke Bukit Bendera kalau bercuti di sini. Jangan lupa berkunjung ke The Habitat Penang Hill yang membolehkan menikmati pemandangan indah seluruh pulau ini serta hutan hujan 130 juta tahun! 

Pakej: Tiket masuk standard

Harga tiket: RM49.50 (Dewasa), RM31.50 (Kanak-kanak 4-17 tahun, pelajar & warga emas)

Klik DI SINI untuk menempah di Klook.

ESCAPE Theme Park

Khas bagi korang yang sukakan cabaran, ESCAPE Theme Park ada segalanya! 30 aktiviti mencabar dan mengujakan menanti di Taman Adventureplay dan Taman Waterplay. Jom melongsor di gelongsor air terpanjang dunia 1,111 meter?

Pakej: Tiket biasa

Harga tiket: RM148 (Dewasa), RM98 (Kanak-kanak 4-12 tahun) 

Klik DI SINI untuk tempahan di Klook.

Entopia by Penang Butterfly Farm

Foto kredit: hasifhamsyari (Instagram)

Biasa pergi zoo je untuk anak-anak, apa kata bawa ke Entopia by Penang Butterfly Farm ini yang mempunyai 15,000 rama-rama berterbangan bebas! Bukan tu je, ada juga air terjun, kolam, gua dan taman seni, macam masuk ke alam fantasi!

Pakej: Tiket masuk untuk warganegara

Harga tiket: RM39 (Dewasa), RM23 (Kanak-kanak 4-12 tahun, warga emas 60 tahun ke atas)

Klik DI SINI untuk menempah di Klook.

The TOP Komtar

Foto kredit: puterikasim (Instagram)

Berani menghadapi rasa gayat? Jom ke The TOP Komtar pada tingkat 68 yang mempunyai jambatan kaca separa bulat untuk korang menikmati seluruh pemandangan Penang. Memang puas hati layan view dia.

Pakej: 

-Rainbow Skywalk + Observatory Deck

-Rainbow Skywalk + Observatory Deck +Jurassic Research Center + Top Boutique Aquarium

-TOP Annual Pass

Harga tiket:

-Rainbow Skywalk + Observatory Deck: RM61.20 (Dewasa 13-59 tahun), RM43.20 (Kanak-kanak 3-12 tahun, Warga emas 60 tahun ke atas)

-Rainbow Skywalk + Observatory Deck +Jurassic Research Center + Top Boutique Aquarium: RM67.50  (Dewasa 13-59 tahun), RM49.50 (Kanak-kanak 3-12 tahun, Warga emas 60 tahun ke atas)

-TOP Annual Pass: RM180 (Dewasa), RM90 (Kanak-kanak 1-12 tahun)

Klik DI SINI untuk menempah di Klook.

WonderFood Museum

Foto kredit: wnazamri (Instagram)

Bayangkan makanan menjadi berpuluh kali ganda lebih besar! Bukan saja makin besar, lebih real lagi tu. Begitulah yang korang boleh jangkakan di WonderFood Museum di mana replika makanan kegemaran dizoomkan untuk korang bergambar kenang-kenangan.

Pakej: Tiket masuk biasa

Harga tiket: RM16 (Dewasa), RM10 (Kanak-kanak)

Klik DI SINI untuk menempah di Klook.

Cheong Fatt Tze (Blue Mansion)

Filem Crazy Rich Asian pernah membuat penggambaran di sini yang mempunyai seni bina gabungan ikonik Timur bertemu Barat. Warna birunya yang cukup menyerlah cukup Instagrammable dijadikan tempat bergambar kenang-kenangan atau OOTD.

Pakej: Cheong Fatt Tze Mansion House Tour

Harga tiket: RM25 (Dewasa), RM12.50 (Kanak-kanak)

Klik DI SINI untuk menempah di Klook.

Ladang Audi Dream

Foto kredit: eykinmurnie (Instagram)

Jom ke Ladang Audi Dream yang mempunyai zoo mini di mana korang berpeluang melihat lebih dekat rusa, arnab dan banyak lagi. Juga boleh menunggang unta! Jarang-jarang ada peluang macam ni.

Pakej: 

-Tiket masuk beserta pengalaman menunggang unta

-[Klook Exclusive] Family Farm Half Day Tour

Harga tiket:

-Tiket masuk beserta pengalaman menunggang unta: RM33 (Dewasa), RM30 (Kanak-kanak 3-11 tahun, warga emas 60 tahun ke atas)

-[Klook Exclusive] Family Farm Half Day Tour: RM250 (2 dewasa + 2 kanak-kanak)

Klik DI SINI untuk menempah di Klook.

Deen Maju, Georgetown

Foto kredit: deenamik.com

Lain orang lain citarasa, bagi kami nasi kandar Deen Maju adalah kemestian setiap kali menjejakkan kaki ke Pulau Mutiara ini. Menu penting, mesti kena ada telur sotong! Korang pernah try tak? Surrr pergi dia!

Pani Puree di Bukit Bendera

Dah naik Bukit Bendera, jangan lepaskan peluang nikmati snek pani puree di salah sebuah gerai di sana. Rasanya cukup nyaman dengan sos pudina, rangup dan cukup sedap. Satu set pun tak cukup!

Roti Bakar Hutton Lane

Bangun pagi nak sarapan tak tahu mana nak pergi? Rasakan penangan Roti Canai Telur Goyang Cheese di Roti Bakar Hutton Lane. Pergi awal untuk elak beratur terlalu lama di sini. Tapi memang berbaloi-baloi disinggah.

Ais Tingkap

Seharian melawat lokasi menarik sekitar Georgetown, jom pekena Ais Tingkap di Lebuh Tamil. Terletak sebelah Pasar Chowrasta, minuman menyegarkan ini dibuat menggunakan air sirap, selasih dan isi kelapa muda. Jangan lupa cuba Ais Sarbat Lemon, terbaikkk!

Gurney Drive

Apalah erti ke Penang kalau tak makan-makan? Gurney Drive menyajikan bermacam pilihan makanan untuk makan malam. Pasembur, kuetiau, rojak buah, nasi lemak, semuanya ada di sini. 

Jangan tak tahu, korang boleh dapat diskaun RM150 dengan baucar travel eksklusif Klook. Hanya perlu masukkan promo kod di bawah untuk menikmati diskaun:

<PENANG50>: RM50 OFF, Perbelanjaan minimum RM150

<PENANG100>: RM100 OFF, Perbelanjaan minimum RM300Banyak lagi aktiviti dan lokasi menarik korang boleh teroka di Penang. Yang penting, check Klook dulu. Jom ke Penang?

Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Memfokuskan sepenuhnya artikel-artikel berkaitan pemasaran.

Lagi dalam kategori Branded

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas