Connect with us

Oh! Media

Kantoi Guna Borang Palsu, Warga Asing Ditahan

Warga Asing Kantoi

Trending

Kantoi Guna Borang Palsu, Warga Asing Ditahan

Jika sebelum ini terdapat banyak kes melibatkan orang awam menggunakan borang palsu untuk merentas negeri, terdapat juga warga asing yang turut ditahan kerana kesalahan yang sama.

BACA: Pelajar Ditahan Guna Borang Rentas Negeri Palsu

Cubaan seorang wanita warga asing untuk merentas negeri menggunakan borang palsu berjaya digagalkan oleh pihak polis selepas dia ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) di Tol Bentong kelmarin.

IKLAN

Menurut laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, wanita warga asing berusia 38 tahun itu ditahan ketika pemerikasaan dilakuka terhadap 16 individu dalam sebuah bas ekspres yang menghala ke Kuantan, Pahang kira-kira pada pukul 11.30 Tengah hari.

Whatsapp image 2021 04 29 at 094632
Borang rentas negeri palsu yang digunakan suspek sumber Kosmo

Hasil siasatan awal pihak polis mendapati perempuan tersebut mendapatkan borang rentas negeri daripada salah seorang rakannya.

Berdasarkan soal siasat dengan suspek, wanita itu memperoleh borang palsu tersebut daripada rakannya bernama ‘Lam’ dan telah mencetak imbas borang rentas negeri untuk digunakan buat kali kedua.

Img 20201206 120034 973x600 1
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar

Tiada nombor siri seperti yang dinyatakan dalam borang rentas negeri tersebut berdasarkan rekod dari balai polis yang mengeluarkan borang itu.

Suspek telah direman empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Jika disabitkan bersalah, suspek boleh dikenakan hukuman denda RM4,000 bagi kesalahan individu manakala denda RM20,000 untuk kesalahan melibatkan perbadanan atau syarikat.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas