Connect with us

Oh! Media

Trending

Isu Kailan Ikan Masin RM18, Peniaga Tampil Jelaskan Salah Faham

Baru-baru ini tular di media sosial rungutan seorang individu berkenaan hidangan kailan ikan masin yang dikatakan terlalu mahal iaitu RM18. Lebih mengecewakan apabila saiz hidangan hanya untuk seorang makan.

Bertindak di atas aduan itu, KPDNHEP Pulau Pinang telah turun ke lapangan melakukan siasatan berkenaan aduan dan meminta pemilik restauran memberikan maklum balas dalam tempoh dua hari.

IKLAN

BACA: Peniaga Jual Kailan RM18 Diberi Notis, Ada 2 Hari Untuk Respon

Terbaru, Kosmo! melaporkan peniaga telah tampil menjelaskan mungkin berlaku salah faham antara pihaknya dan pelanggan terbabit. Turut dimuat naik adalah papan menu menunjukkan harga bagi setiap hidangan di restoran itu.

Menurut peniaga, terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan insiden itu berlaku. Pertama, mungkin juruwang tersilap ‘key in’ harga untuk portion large iaitu RM18.

Yang kedua, mungkin berlaku kesilapan daripada kru dapur apabila menyediakan hidangan untuk saiz small sedangkan pelanggan memesan saiz large.

Berikutan itu, pihaknya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera. Peniaga turut memohon kerjasama daripada pelanggan untuk menghubungi pihak restoran supaya keadaan sebenar lebih jelas.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas