Connect with us

Oh! Media

Addy Kanna, Alvin Goh & 2 Anggota Polis Ditahan 2 Tahun Dalam Penjara Berasingan

Trending

Addy Kanna, Alvin Goh & 2 Anggota Polis Ditahan 2 Tahun Dalam Penjara Berasingan

Update terbaru melibatkan suspek Macau Scam dan kegiatan perjudian dalam talian, Alvin Goh, Addy Kanna bersama dua lagi anggota polis masih lagi dalam tahanan pihak berkuasa mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) selama dua tahun.

ADVERTISEMENT

Semua mereka ditahan di penjara yang berbeza. Alvin ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor bersama-sama seorang anggota polis.

Addy Kanna pula ditahan di Penjara Pokok Sena, Kedah bersama seorang lagi anggota polis.

Setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi dari Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Bagaimanapun, keputusan penahanan mengikut POCA selama dua tahun ini diputuskan Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), Kementerian Dalam Negeri, Jumaat lepas.

Sebelum ini beberapa orang selebriti tanah air yang melakukan perniagaan turut dipanggil SPRM bagi membantu siasatan dan turut berjaya mengesan anggota polis yang mengambil rasuah bagi melindungi aktiviti mereka.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas