Connect with us

Oh! Media

Didakwa Guna Status Untuk Perangkap Mangsa, Suspek Tetap Nafi Terlibat Kes Seksual

Trending

Didakwa Guna Status Untuk Perangkap Mangsa, Suspek Tetap Nafi Terlibat Kes Seksual

Masih lagi hangat cerita tentang seorang pendakwah selebriti yang telah pun ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes rogol seorang gadis. Bermula hanya dengan satu dakwaan, kini pihak polis telah mengumpul tujuh laporan dari individu yang berbeza.

ADVERTISEMENT

Kalau ikutkan, suspek dah pun ditahan reman selama 5 hari dan sepatutnya berakhir pada hari ini. Tapi disebabkan pihak polis dah pun dapat laporan yang baru, tahanan reman terhadap suspek dilanjutkan lagi hingga Ahad nanti.

BACA : “Maaf, Tiada Komen Apa-Apa Dari Saya”, Da’i Syed Dituduh Rogol Gadis

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, pihak polis percaya yang suspek telah gunakan statusnya sebagai seorang da’i untuk perangkap mangsa. Bermula dengan direct message di Instagram, suspek kemudian akan pelawa mangsa makan dan diikuti dengan ikutnya balik ke rumah untuk tujuan perubatan.

“Dalam tempoh pengenalan itu, suspek akan memperdayakan mangsa-mangsa dengan menggunakan kapasiti sebagai seorang da’i sebelum mempelawa mereka ke rumah. Suspek akan melakukan kegiatan terkutuk seperti dilaporkan mangsa ketika berada di rumahnya.” – katanya.

Walaupun didakwa dengan pelbagai tuduhan, suspek tetap menafikan dirinya terlibat dengan kes tersebut. Menurut peguam kepada suspek, Ahmad Amzar Ahmad Azlan, pihaknya akan ambil tindakan berlandaskan undang-undang bagi membuktikan anak guamnya tidak bersalah.

“Anak guam sedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa selain menafikan sebarang pertuduhan dan dakwaan yang dibuat oleh wanita berkenaan. Dia akan cuba membersihkan namanya mengikut peruntukan undang-undang.” – katanya.

Suspek telah disiasat mengikut Seksyen 376 (rogol), 354 (cabul), 377 (seks luar tabii) dan 323 (mencederakan) Kanun Keseksaan. Polis juga menggesa agar mangsa lain yang belum buat laporan untuk tampil bagi membantu siasatan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas