Connect with us

Oh! Media

Jumlah ‘Viewers’ Muzik Video Lagu Baru Cik B Caras Siti Nurhaliza?

Trending

Jumlah ‘Viewers’ Muzik Video Lagu Baru Cik B Caras Siti Nurhaliza?

Wah wah! Belum habis lagi cerita tentang Cik B yang mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan, sekarang Cik B dah keluarkan pula lagu single pertama yang berjudul ‘Tolonglah’. Kalau korang nak tahu, lagu tersebut adalah hasil ciptaan Cik B sendiri bersama ibunya, Dato’ Seri Vida.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan, lagu ini sebenarnya based on experience Cik B sendiri. Kiranya, kisah dalam lagu ini adalah luahan hati serta ekspresi dari Cik B tentang kisah hidupnya yang penuh dengan dugaan. Siapa kata orang yang lahir dalam keluarga senang tiada masalah hidup? Akui ada yang tak percaya dengan apa yang dia kata, tapi Cik B tak nafikan yang dia pernah dikurung dan berdepan dengan depression.

“Lagu ini menceritakan hidup saya dari kecil yang mana saya melalui pengalaman di dera oleh pembantu rumah, kehilangan orang tersayang, isu keluarga dan sebagainya.” – katanya.

Sebenarnya, lagu ini dah siap dari tahun lepas lagi. Tapi, sebab Cik B belum ada confident lagi, dia decide untuk simpan dulu lagu tersebut. Sekarang, bila dah kurang rasa malu dan takut pada media, barulah Cik B ready untuk keluarkannya. Ada je yang tanya, Cik B tak takut ke kena kecam? Tapi, gadis ini dengan penuh yakin yang dia dah kebal dengan segala kecaman dari netizen.

“Saya sudah biasa menerima kritikan dan kecaman sejak berusia 12 tahun. Sekarang saya sudah imun dengan kecaman semua.” – tambahnya.

Cik B juga kata yang dia berhajat untuk ambil kelas vokal untuk mantapkan lagi suaranya dan optimis untuk keluarkan single kedua tahun depan. Muzik video bagi lagu ini dah pun keluar malam tadi di Youtube. Bahkan, ia keluar serentak dengan muzik video lagu penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang bertajuk ‘Kuasa Cintamu’.

Tapi yang mengejutkan, viewers Cik B lagi banyak daripada viewers music video Tokti! Fuh, memang hebat betullah penangan Cik B. Tinjauan ohmedia setakat pukul 1.40 tengah hari tadi, Cik B ada 226k viewers berbanding Tokti 204k tontonan. Takpelah, asalkan karya tempatan kita terus disokong oleh masyarakat, nilai viewers tak penting. Yang penting, ada kualiti dan mampu terus kekal relevan dalam industri.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas