Connect with us

Oh! Media

Usul Undi Percaya: Upacara Tandatangan Perjanjian Kerajaan Perpaduan Akan Dimeterai Esok

Oh! Negara

Usul Undi Percaya: Upacara Tandatangan Perjanjian Kerajaan Perpaduan Akan Dimeterai Esok

Seperti yang kita tahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan usul undi percaya ke atasnya semasa sidang Parlimen pada 19 Disember depan.

ADVERTISEMENT

BACA: Agong Titah Segerakan Usul Undi Percaya PM Baharu Bila Dilantik

Memetik laporan Sinar Harian, satu upacara menandatangani perjanjian mengenai usul undi percaya itu akan dimeterai esok.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bahawa perjanjian itu akan melibatkan semua parti politik yang bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan diterajui Pakatan Harapan (PH).

Kesemua ketua parti sudah berbincang malah saya akan pulang (ke Sarawak) untuk adakan mesyuarat di peringkat Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Mengenai lokasi perjanjian itu ditandatangani, saya tak tahu kena tanya Pejabat Perdana Menteri

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai manifesto dari parti manakah yang akan dipegang Kerajaan Perpaduan ketika menerajui Kerajaan Persekutuan, Fadillah memaklumkan bahawa tiada sebarang manifesto akan dipegang kerana kerajaan yang terbentuk ketika ini berasaskan parti tetapi Kerajaan Perpaduan.

Fadillah juga menegaskan bahawa antara fokus yang menjadi keutamaan dalam perjanjian tersebut adalah berkaitan kos sara hidup rakyat.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas