Connect with us

Oh! Media

Perdana Menteri Dikritik Kerana Terlalu Tegas Jawab Soalan Pelajar Mengenai Sistem Kuota

anwar ibrahim

Oh! Negara

Perdana Menteri Dikritik Kerana Terlalu Tegas Jawab Soalan Pelajar Mengenai Sistem Kuota

Pengguna Twitter mengkritik tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa membuli seorang pelajar semasa sesi dialog Kolej Matrikulasi Pulau Pinang di Kepala Batas.

ADVERTISEMENT

BACA: Zahid Hamidi Yakin Penyatuan BN Dan PH Adalah Takdir Allah

Difahamkan, pelajar itu membangkitkan isu kuota Bumiputera dan meluahkan rasa tak puas hati kerana sistem kuota didakwa menyebabkan rakan-rakan yang cemerlang tak dapat masuk institusi pendidikan awam.

perdana menteri

Bilakah sistem kuota akan dimansuhkan dan digantikan dengan sistem meritokrasi? Saya dan kawan-kawan saya, serta kawan-kawan di luar yang tidak dikenali terkesan daripada sistem kuota ini hanya kerana mereka tidak memiliki status Bumiputera.

Kawan saya yang mendapat 7A 1B tak dapat masuk Matrikulasi. Kawan saya yang mendapat 8A hanya dapat masuk Matrikulasi pada intake kedua selepas buat rayuan.

Sedangkan ada pelajar dengan hanya mempunyai sedikit A, dengan B dan C boleh memasuki Matrikulasi pada intake pertama. Mereka tak perlu merayu.

Dengan tegas, Anwar mencadangkan pelajar itu supaya mengikuti sesi sebelumnya kerana dia dah menjawab soalan yang sama.

anwar ibrahim

Jelasnya, soalan yang diajukan memerlukan pelajar ini memahami sejarah dan mengambil tahu mengenai sosial kontrak.

Anwar juga berkata, adalah lebih baik jika pelajar itu meminta Perdana Menteri membantu rakannya yang berkelayakan daripada mempersoalkan sistem kuota.

Perdana Menteri tolong kami satu, dua yang ada kelayakan. Itu lebih baik. Awak nak tukar polisi awak kena fikir, awak kata meritokrasi, awak dari sekolah mana?

Awak nak banding dengan sekolah Kapit orang Dayak yang sangat rendah mutunya? Awak nak banding sekolah Ulu Tembeling di mana anak Melayu belajar tanpa kemudahan asas?

Kenapa tak berlaku adil kepada semua orang? What is justice? Justice is fairness.

Kata Perdana Menteri, kalau ada pelajar yang betul-betul cemerlang dia akan diterima masuk melalui rayuan tetapi janganlah pula diperlekeh pelajar-pelajar yang masuk awal.

Dalam penjelasan panjang lebar, Anwar berkata dia boleh mengambil keputusan yang popular semata-mata untuk memuaskan hati segelintir pihak, namun ia akan memberi kesan buruk.

Jawapan tegas Anwar menyebabkan ada netizen mendakwa beliau bersikap agresif kepada anak muda. Mereka mendakwa cara bercakap sebegitu akan menyebabkan pelajar rendah diri dan malu.

Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan membuli sebaliknya hanya menjawab sebagai ‘bapa’ yang bertanggungjawab memberi penyelesaian. Tetapi, janganlah pula dirombak prinsip Perlembagaan dan persefahaman, katanya.

Kredit: Astro Awani | Malaysia Gazette | MalaysiaKini

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia Naik motor memang best tapi kalau naik kereta boleh letak banyak barang hehehe.. Antara kereta dengan motor korang pilih yang mana? #kereta#motor#pendapat#kemudahan#sembang#ohgear#ohmedia ♬ original sound – Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas