Connect with us

Oh! Media

Agong Titah Segerakan Usul Undi Percaya PM Baharu Bila Dilantik

agong

Oh! Negara

Agong Titah Segerakan Usul Undi Percaya PM Baharu Bila Dilantik

Hingga ke hari ini kita masih menantikan siapakah yang bakal dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9 Malaysia selepas Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut bertitah agar usul undi percaya kepada Perdana Menteri baharu dilakukan di Dewan Rakyat. Ini penting bagi mengabsahkan pelantikannya mendapat sokongan dan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

ADVERTISEMENT

BACA: “Namakan Seorang Calon PM” – YDP Agong

Dalam hal ini, baginda selanjutnya bertitah bahawa selaku Ketua Utama Negara, baginda akan cuba sedaya-upaya untuk menyempurnakan tanggungjawab seorang Raja Berperlembagaan berteraskan keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

Seri Paduka Baginda dan Paduka Seri Sultan Perak (Timbalan Yang di-Pertuan Agong) menzahirkan pandangan bahawa kemelut politik yang berlarutan tanpa titik noktah mengganggu-gugat tadbir urus kerajaan ketika kita masih diancam pandemik Covid-19.

Baginda berdua menegaskan bahawa semua kemelut dan kecelaruan politik sudah memberi kesan negatif yang mendalam kepada ekonomi negara, di samping itu demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat, mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukan satu pilihan yang terbaik pada ketika ini. – Kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin.

Agong turut dimaklumkan akan mempengerusikan Perbincanan Khas Raja-Raja Melayu pada 20 Ogos ini bagi membincangkan isu-isu semasa.

Baginda amat berharap agar Perdana Menteri baharu yang dilantik dapat bekerjasama dengan mereka yang tidak menang. Ini kerana amat penting untuk bekerja dalam satu pasukan bagi memastikan pandemik yang melanda negara dapat ditangani.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas