Connect with us

Oh! Media

Tular Adun Perak Bawa Ayam, Reaksi Yang Dipertua Dewan Pula Curi Perhatian

Oh! Negara

Tular Adun Perak Bawa Ayam, Reaksi Yang Dipertua Dewan Pula Curi Perhatian

Tular baru-baru ini apabila seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak telah mengejutkan orang ramai apabila bertindak membawa ayam segar ke dalam Dewan.

ADVERTISEMENT

BACA: Isu ‘Mangkuk’ Dalam Persidangan Dewan Rakyat Cetus Kontroversi

Hal itu berlaku semasa sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 dan wakil Hulu Kinta, Muhamad Arafat sempat membawa isu tentang kenaikan harga barang yang dilihat kian serius.

Perkara itu juga dilakukannya kerana isu harga ayam yang tidak stabil seolah-olah tiada tindakan serius daripada pihak berkuasa dan beranggapan exco yang terbabit tidak menjalankan tugas dengan betul.

Bagaimanapun, tindakan Arafat memegang ayam beberapa minit itu telah menimbulkan pelbagai reaksi antara Ahli dalam Dewan tersebut selain turut terhibur dengan ‘aksi’ tersebut.

Yang Dipertua sempat ‘perli’ Arafat, harap insiden tersebut tidak berulang lagi

Sementara itu, insiden berkenaan seakan-akan dipandang serius oleh Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid apabila bertindak menegur perbuatan itu.

Hal itu diungkapkannya ketika dalam persidangan yang memasuki hari keempat di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, hari ini.

Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid

Menurut beliau, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku dan turut menggesa pihak keselamatan agar melakukan pemeriksaan rapi terhadap barangan yang dibawa masuk ke dalam dewan.

Saya ingin menegaskan perkara yang berlaku ketika sesi perbahasan persidangan semalam sewajarnya tidak lagi berulang.

Selain itu, beliau juga sempat mencetuskan suasana lucu dalam Dewan tersebut apabila berseloroh mengenai barang-barang mentah lain yang tidak boleh dibawa masuk.

Saya harap tidak ada pula hendak membawa kambing atau lembu hari ini ya.

Walaubagaimanapun, tindakan Yang Berhormat Muhamad Arafat membawa ayam segar ke dalam Dewan turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-ratanya terhibur dengan perkara itu.

Namun, ada juga segelintir masyarakat yang memuji ‘aksi’ itu selain ada yang menyifatkan tindakan itu tidak akan memberi kesan kepada harga barang yang sudah melambung naik.

Kredit: Harian Metro I YouTube MGNews

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas