Connect with us

Oh! Media

Ini Sebab Kenapa Netizen Tidak Setuju Nik Ezanee Ditukar Tugas Sebagai Pengiring Perdana Menteri

43c51c58 c8f8 43c6 a8c8 728a336883b9

Oh! Negara

Ini Sebab Kenapa Netizen Tidak Setuju Nik Ezanee Ditukar Tugas Sebagai Pengiring Perdana Menteri

Rasanya mesti ramai yang kenal siapa Nik Ezanee Mohd Faizal yang merupakan seorang anggota polis berpangkat Senior Asisten Komisioner. Beliau sebelumo ini pernah viral dengan sikap yang mesra rakyat dan selalu turun padang membantu mereka yang susah.

Bagaimanapun, baru-baru ini tersebar pula mengenai pertukaran Nik Ezanee yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Selangor dan kini ditukar kepada juruiring rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

nik ezanee

Memetik laporan Astro Awani semalam, ramai yang meluahkan rasa kecewa selepas menganggap pertukaran tugas itu sebagai satu pembaziran. Ini kerana, Nik Ezanee mempunyai kemahiran yang lebih lagi dan seharusnya memberikan tugas yang lebih penting.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat Nik Ezanee adalah seorang pegawai pois yang berdedikasi dan sepatutnya berkhidmat kepada masyarakat.

Facebook komen nik ezanee

Berjaya selesaikan banyak kes jenayah

Ini berikutan kejayaannya membanteras banyak kegiatan jenayah di Selangor dibandingkan dengan tugas juruiring yang dianggap kurang mencabar.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas