Connect with us

Oh! Media

Isu ‘Mangkuk’ Dalam Persidangan Dewan Rakyat Cetus Kontroversi

Oh! Politik

Isu ‘Mangkuk’ Dalam Persidangan Dewan Rakyat Cetus Kontroversi

Persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung pagi ini dilihat telah mencetuskan kontroversi selepas perkataan ‘mangkuk’ menjadi isu utama hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Makan Bekal Dalam Dewan Rakyat, Tindakan Syed Saddiq Undang Reaksi Netizen!

Hal itu berlaku semasa Ahli Parlimen Larut, YB Dato’ Seri Hamzah Zainuddin sedang mengulas berkenaan kompaun yang dikenakan kepada Ahli Parlimen ketika berhimpun di Dataran Merdeka bulan lalu.

“Apa punya mangkuk”

Namun, perkara itu dibalas oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang dilihat mengeluarkan perkataan itu yang menggambarkan ketidakpuasan hatinya.

Perkataan mangkuk boleh diterjemahkan kepada satu tindakan ‘tidak betul’ dalam sesuatu loghat dan ia dikeluarkan selepas mendengarkan jawapan balas Hamzah.

Kalau benar masuk, tidak berlaku perhimpunan. Kami nak pergi ambil barang, apa punya mangkuk.

Perkataan itu tidak wajar

Disebalik kejadian itu, Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong dilihat turut menyelar penggunaan ayat tersebut ketika persidangan Dewan Rakyat.

Menurutnya, walaupun MoU baru sahaja dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan semalam, namun beliau menyifatkan perilaku mereka masih sama dan tidak matang.

Penggunaan ayat seperti ini tidak patut diungkapkan oleh Ahli Parlimen di dalam Dewan yang mulia. Baik ada MoU atau tidak, perangai tetap sama, masih belum berubah, masih belum matang.

Selain itu, beliau juga turut menyifatkan bahawa ia merupakan salah satu cabaran bagi menjayakan tranformasi Parlimen dan mengekalkan kestabilan politik.

Inilah cabaran terbesar untuk menjayakan transformasi Parlimen dan mengekalkan kestabilan politik.

Keikhlasan perlu ada pada semua pihak dan perlu ada anjakan paradigma. Doakan yang terbaik buat Keluarga Malaysia.

Walaubagaimanapun, Mahfuz turut diminta untuk menarik balik kenyataan itu kerana disifatkan melanggar peraturan Dewan Rakyat susulan mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya.

Kredit: Kosmo! I Facebook Astro Awani dan Wee Ka Siong

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Politik

30 Hari Paling Trending

To Top