Connect with us

Oh! Media

Najib Razak Masih Ada Jalan Keluar Selepas Mahkamah Rayuan?

Ohmedia najibrazak2

Oh! Negara

Najib Razak Masih Ada Jalan Keluar Selepas Mahkamah Rayuan?

Mahkamah Rayuan hari ini (8 Disember 2021) akhirnya mengekalkan hukuman dan sabitan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Keputusan itu diputuskan tiga hakim selepas mendapati Mahkamah Tinggi membuat keputusan tepat atas pertuduhan kes menyeleweng dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

BACA: Sudah Diputuskan! Sabitan Dan Hukuman Penjara Terhadap Bekas PM Najib Razak Kekal

Keputusan Mahkamah Rayuan bukanlah penamat bagi Najib

Kenapa kami katakan begitu? Berdasarkan undang-undang negara, jika pesalah gagal di Mahkamah Rayuan, pesalah masih boleh memilik Mahkamah Persekutuan untuk pasukan pendawa raya seterusnya.

IKLAN

Kalau rayuan Najib ditolak sepenuhnya maka Mahkamah Rayuan akan putuskan sama ada hukuman dibuat oleh Mahkamah Tinggi akan dikekalkan atau diubah.

Bagi denda pula jika didapati bersalah hakim boleh mengarahkan Najib membayar minimum lima kali ganda iaitu lebih kurang RM210 juta dari nilai asalnya RM42 juta.

Kalau rayuan Najib dibenarkan terhadap beberapa pertuduhan, maka dia masih perlu menghadapi hukuman penjara dan denda berkaitan dengan pertuduhan yang dikekalkan ke atasnya.

Bagaimanapun pada kebiasaannya dalam sistem perundangan jenayah, keputusan Mahkamah Rayuan berkaitan hukuman penjara akan digantung sehingga proses rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai. – Kata Peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla.

Keputusan Mahkamah Rayuan bagaimanapun baru sahaja diputuskan. Jadi kita hanya perlu nantikan apa langkah yang diambil pihak Najib Razak selepas ini.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas