Connect with us

Oh! Media

Adly Zahari Selesai Mengundi, Harap Rakyat Di Melaka Jalankan Tanggungjawab Mengundi

adly zahari

Oh! Negara

Adly Zahari Selesai Mengundi, Harap Rakyat Di Melaka Jalankan Tanggungjawab Mengundi

Inilah hari yang ditunggu-tunggu, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kini sedang berjalan dengan lancar di negeri tersebut. Adly Zahari, Calon Pakatan Harapan Dun N.17 Bukit Katil telah selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal dan mengharapkan rakyat di Melaka menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

ADVERTISEMENT

BACA: Dijangka Hujan Lebat Pada Hari PRN Melaka?

Menerusi video temu bual Adly Zahari di Malaysia Gazzette TV, cuaca di Melaka pada pagi ini kelihatan sangat baik dan pengundi boleh keluar mengundi dengan selamat. Harapnya cuaca akan kekal baik atau semakin cerah menjelang tengah hari nanti.

Harap pengundi cepat keluar mengundi

adly zahari

Cuaca yang baik tetapi agak mendung itu membuatkan Adly Zahari meminta kepada rakyat di Melaka untuk keluar mengundi dengan cepat dan selesaikan tanggungjawab mereka sepenuhnya.

Menurutnya, pengundian hari ini dijalankan dengan baik kerana semua pengundi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan SPR telah melaksanakan tugas mereka dengan baik.

Menerusi laporan Getaranmy, pengundi yang bergejala dan mempunyai suhu badan lebih dari 37.5 darjah celcius akan tetap dibenarkan untuk mengundi di sebuah khemah khas yang terus dipantau oleh pegawai kesihatan. Mereka akan dapat pemeriksaan dan tindakan lanjut jika diperlukan.

Kelihatan pengundi DUN17 Bukit Katil berbaris mengamalkan penjarakkan fizikal sementara menunggu giliran mereka untuk membuang undi di Sekolah Kebangsaan Sungai Udang.

Semoga situasi ini terus kekal sehingga petang dan rakyat terus mematuhi SOP yang ditetapkan. Jika anda mahu keluar mengundi, jangan lupa menggunakan pelitup muka, sanitas tangan selalu, periksa suhu badan dan jangan lupa untuk mengimbas rekod kehadiran dengan QR MySejahtera.

Harap perjalanan ini dimudahkan dan tiada sebarang kluster dari PRN Melaka ini. Sama-sama kita terus doa agar Allah beri pelindungan buat rakyat Malaysia.

Kredit: Getaranmy MalaysiaGazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas