Connect with us

Oh! Media

Semua Peniaga Kena Guna Tong Gas Ungu? Ini Penjelasan Menteri

Ohmedia makcik tong gas ungu

Oh! Negara

Semua Peniaga Kena Guna Tong Gas Ungu? Ini Penjelasan Menteri

Ramai peniaga kecil panik pasal tong gas ungu. Ini penjelasan mudah dari Timbalan Menteri KPDN

Isu tong gas ungu kembali hangat dan ramai peniaga kecil dah mula risau, takut-takut kena tukar dari tong hijau subsidi ke tong gas komersial yang jauh lebih mahal.

Tapi korang jangan panik dulu sebab Timbalan Menteri KPDN, Dr. Fuziah Salleh dah tampil beri penjelasan yang ringkas dan padat.

‘Makcik Kiah’ masih boleh guna tong gas hijau bersubsidi…

Dr Fauziah Salleh

Menurut Dr. Fuziah, peniaga kecil macam ‘Makcik Kiah’ yang jual goreng pisang tepi jalan masih boleh guna tong gas subsidi warna hijau.

IKLAN

Ini bermakna, kalau Makcik Kiah guna 1 tong untuk goreng pisang, 1 untuk mee, 1 untuk air, Makcik Kiah masih layak guna tong hijau bersubsidi. Tak perlu tukar ke tong ‘purple’.

Syaratnya, penggunaan tak melebihi 3 tong gas 14kg pada satu-satu masa (maksimum 42kg).

Tong gas ungu untuk perniagaan skala besar sahaja…

Tong Gas

Tong ungu ni hanya diwajibkan untuk kegunaan industri dan komersial berskala besar je, macam restoran besar, kilang, hotel dan seumpamanya.

Tong gas ‘purple’ (tanpa subsidi) hanya diwajibkan kepada pengguna industri dan komersial berskala besar.

Jadi kalau korang cuma jual nasi lemak atau air tebu kat tepi jalan, tak perlu risau. Disebabkan ramai yang masih keliru, Dr. Fuziah tekankan supaya tak sebarkan info yang boleh menakutkan rakyat.

Janganlah kita takut-takutkan rakyat dengan info kurang tepat.

Yang penting, subsidi gas sampai kepada golongan yang betul-betul layak dan memerlukannya.

Untuk makluman, harga tong gas ungu (LPG komersial) ialah sekitar RM65–RM70 untuk 14kg, berbanding RM26.60–RM30 untuk tong subsidi. Sebab tu ramai peniaga mula risau dengan kos operasi yang makin tinggi kalau kena tukar tong.

Pssttt! Benda ni nampak macam kecil, tapi impaknya besar kepada peniaga kecil macam Makcik Kiah. Mujur ada penjelasan terus dari KPDN yang redakan kekeliruan. Harapnya info ni sampai ke semua peniaga supaya tak terpedaya dengan cerita-cerita yang tak tepat. Jangan panik, jangan gelabah. Subsidi tetap untuk yang layak.

Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas