Oh! Negara
Guna MyKad Orang Lain Untuk Isi Minyak Satu Kesalahan
Guna MyKad orang lain untuk isi petrol BUDI95 adalah salah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Disebabkan bulan ni Budi RON95 dah dikurangkan kepada 200L sahaja sebulan, mesti ada yang dah terfikir nak pinjam MyKad ahli keluarga untuk isi minyak RON95 bersubsidi.
Apapun, siapa yang nak teruskan buat benda ni kena fikir dua kali la sebab rupanya tindakan tu salah di sisi undang-undang.
Ohmedia tengok isu ni jadi perhatian bila ada kes individu guna banyak MyKad untuk beli petrol, sampai lebih 100 liter. Dari situ, pihak berkuasa terus keluarkan penegasan supaya orang ramai tak ambil mudah perkara ni.
MyKad tak boleh di wakilkan orang lain

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Badrul Hisham Alias menjelaskan yang MyKad adalah dokumen rasmi peribadi dan tak boleh digunakan oleh orang lain walaupun ahli keluarga sendiri.
Larangan ini adalah selaras dengan Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang menetapkan bahawa penggunaan atau pemilikan kad pengenalan orang lain merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.- Katanya.
Tambah beliau lagi, semua urusan termasuk pembelian petrol mestilah dibuat sendiri oleh pemilik MyKad yang sah, bukan wakil atau pinjam-pinjam.
Banyak kes salah guna MyKad untuk isi petrol

Isu ni timbul selepas Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat mendedahkan satu kes yang agak mengejutkan.
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menggunakan empat MyKad berbeza untuk membeli lebih 100 liter petrol RON95. Ini jelas menunjukkan ada pihak cuba ambil kesempatan daripada subsidi yang diberikan.
Guna MyKad orang lain ni bukan saja boleh kena tindakan, malah pemilik MyKad sendiri pun boleh terpalit sama kalau kad tu disalahgunakan. Jadi memang better elakkan terus daripada ambil risiko.
Pssttt! Korang, jangan sebab nak senang sikit terus langgar undang-undang. MyKad tu hak peribadi, jaga elok-elok dan guna sendiri je. Kadang benda nampak remeh, tapi boleh jadi masalah besar kalau tersilap langkah.
Kredit: New Straits Times
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM