Connect with us

Oh! Media

Nabi Khidir Sudah Meninggal Dunia Atau Belum? Ini Penjelasan Mufti

Kisah Nabi Khidir

Oh! Islam

Nabi Khidir Sudah Meninggal Dunia Atau Belum? Ini Penjelasan Mufti

Macam yang kita sedia maklum, kisah Nabi Khidir AS yang telah diangkat ke langit masih mendapat perhatian ramai. Timbul banyak persoalan sama ada dia masih hidup atau pun telah meninggal dunia.

BACA: Tular Video Ustaz Don Didakwa Jadikan Kisah Nabi Adam Dan Hawa Sebagai Content Jenaka

Menurut penjelasan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohammad Al Bakri, pada umumnya para ulama juga mempunyai berbeza pendapat mengenai status kehidupan Nabi Khidir AS.

IKLAN
Mufti dr zulkifli

Jika mengikut pendapat Imam al-Bukhari, al-Qadhi Abu Bakar bin al-‘Arabi, al-Hasan, Abu al-Husain bin al-Munadi dan Ibn al-Jauzi, mereka berpendapat baginda telah pun wafat.

Pendapat pertama menyatakan bahawa Nabi Khidir masih lagi hidup sehingga kini. Antara ulama dengan pendapat ini ialah Imam al-Nawawi, Ibn Solah, al-Qurtubi dalam tafsirnya dan Kamaluddin al-Damiri.

Selain itu, turut berpegang dengan pendapat sama iaitu Ibn Kathir, Muhammad al-Amin al-Syanqiti dalam Adhwa’ al-Bayan, Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan ramai lagi.

Pendapat dari pihak Mufti

Walau bagimanapun, pihaknya berpendapat baginda telah pun meninggal dunia jika mengikut perbahasan dan perbincangan yang dibuat oleh para ulama.

Selain itu, hujah-hujah yang dikemukakan yang menunjukkan kepada kewafatan Nabi Khadhir adalah lebih kuat dan jelas. Walaupun begitu, kami amat menghormati pandangan yang mengatakan Nabi Khidir masih hidup seperti Imam al-Nawawi, Ibn Solah, al-Qurtubi dan sebahagian besar ulama tasawuf.

Tambahnya, tiada dalil yang menunjukkan Nabi Khidir masih hidup dan wujud seperti yang orang sangkakan.

Jelas betul penjelasan dari Mufti. Apapun, diharapkan persoalan berkaitan isu ini terjawab dan semoga perkongsian ini memberikan sedikit sebanyak pengetahuan buat semua.

Kisah Nabi Khidir

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas