Connect with us

Oh! Media

Sarah Suhairi Rupa-Rupanya Kahwin Dengan Duda Anak Tiga, Sedia Jadi Ibu ‘Segera’

Ohmedia ateyn Featured Image 39

Oh! Artis

Sarah Suhairi Rupa-Rupanya Kahwin Dengan Duda Anak Tiga, Sedia Jadi Ibu ‘Segera’

Sarah Suhairi yang baru bergelar isteri pagi tadi telah mendedahkan bahawa suaminya yang berusia 39 tahun itu adalah seorang duda anak tiga.

Menerusi laporan mStar, Sarah berkata sudah mengetahui status suaminya sejak awal lagi, malah dia juga pernah berjumpa dengan anak tirinya itu.

Sepanjang perkenalan kami, saya sudah berjumpa dengan tiga anak perempuannya. Alhamdulillah setakat ini mereka menerima kehadiran saya dengan baik.

Sebelum ini mereka panggil saya aunty, jadi selepas ini mungkin ibu, katanya.

Sarah yang berusia 24 tahun itu, juga telah bersedia untuk memikul tanggungjawab baru untuk menjadi seorang ibu kepada anak-anak tirinya.

IKLAN
Ohmedia 553

Sementara itu, Aswad juga memberitahu bahawa dia telah berpisah dengan bekas isterinya sejak lima tahun yang lalu.

Aswad berkata, perkahwinan bersama bekas isterinya itu telah dikurniakan tiga orang cahaya mata yang sekarang berusia 14, 10, dan 8 tahun.

Sarah juga berkongsi sedikit tentang latar belakang suaminya.

Selain bergelar pensyarah, suami saya juga adalah seorang jurulatih sukan berkuda dan kerap dipanggil menjadi juri.

Saya sendiri aktif menunggang kuda sejak berusia 14 tahun dan kawan-kawan kami juga adalah daripada orang yang sama.

Daripada situlah detik perkenalan kami bermula, dan akhirnya ke jinjang pelamin.

Sarah juga berkata mereka tidak lah terlalu merahsiakan hubungan ini, tetapi baginya sebelum mempunyai apa-apa ikatan yang sah seeloknya perkara itu dirahsiakan.

Ohmedia ateyn Featured Image 39

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas