Oh! Artis
“Isteri Pertama Susah Senang, Yang Kedua Dah Rampas” – Komen Datin Patimah Ismail Raih Perhatian Netizen
Dua tiga hari ni, hangat tentang isu Datuk Red dan Adira kembali bercinta selepas sah bercerai talak satu. Sampaikan isteri penerbit terkemuka, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail tampil berikan komen di sebuah portal.
Difahamkan portal tersebut memaparkan berita tentang pasangan tersebut kembali menyulam cinta.
Komen tersebut seolah-olah dibuat untuk meluahkan rasa simpati terhadap isteri pertama serta menganggap isteri kedua adalah permapas.
Isteri pertama sama-sama susah dan senang, yang kedua dah rampas.

Patimah menulis komen tersebut selepas seorang netizen berkata bekas isteri Datuk Red sudah di prank.
Hasil pemerhatian Oh! Media, komen dari Patimah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang bersetuju dan ada juga yang dilihat mempertahankan pasangan tersebut.


Hmm… Sebagai netizen, kita doakan je lah yang baik-baik buat Datuk Red dan Adira. Semoga Datin Red jumpa pengganti yang baru.


Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM