Oh! Artis
Cik Pia Kecewa Bekas Suami Terlalu Raikan Anak Baru, Lupakan Anak-Anak Lama
Cik Pia meluahkan rasa kecewa terhadap bekas suami, Bosskay yang didakwa langsung tidak menjenguk anak mereka sejak mendirikan rumah tangga bersama Tash Yong.
Bukan hanya itu, sejak kelahiran anak bersama isteri baru, Cik Pia rasa sedih melihat nasib yang menimpa anaknya yang tidak dapat merasakan kasih sayang bapa sejak kecil lagi.
“Apa salah anak ini?” – Soal Cik Pia…
Anak yang tak diazankan, anak yang tak ditanya khabar, anak yang tak dihiraukan oleh bapa dan keluarganya. Anak ini tak berdosa dengan sesiapa pun.
Tapi anak ini dijadikan sebagai sebab untuk melihat kejatuhan saya. Apalah salah anak ini?
Dalam pada itu, Cik Pia atau nama sebenarnya, Nor Sufia Johari mengimbas kembali momen dirinya bersusah payah berbinkan nasabnya itu di Jabatan Pendaftaran Negara selepas mendakwa bekas suami langsung tak beri kerjasama.
Minta netizen henti hantar video anak baru bekas suami. Akui beri kesan pada jiwanya…
Cik Pia juga meminta agar netizen berhenti menghantar video kelahiran cahaya mata baru Bosskay bersama Tash Yong kerana memberi kesan kepada emosinya.
Cukup-cukup la share video mereka yang meraikan anak baru mereka. Jagalah hati perasaan saya. Maaf saya dalam fasa untuk bangkit, jangan buat saya lemah semula.
Apapun kita doakan agar Cik Pia terus kuat untuk besarkan anak dan dipermudahkan segala urusan.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM