Oh! Tidak
Isteri Ditangkap Tanpa Seurat Benang Dengan Skandal, Suami Kecewa Perkahwinan 12 Tahun Hancur
Seorang suami menangis saat menangkap isterinya tanpa seurat benang dengan kekasih gelap dalam sebuah bilik di Mojokerto, Jawa Timur Indonesia.
BACA: Isteri Dah 5 Tahun Curang Dengan Biras, Suami Terkejut Anak Ketiga Bukan Zuriat Kandung
Memetik laporan Detik.com, si suami bersama lima orang rakan nekad mencari isteri selepas melihat isterinya keluar dengan lelaki lain menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Difahamkan, si suami mengesyaki ada yang tidak kena dengan isterinya sejak Mac baru-baru ini. Isterinya kerap bercerita dan memuji kebaikan rakan sekerja menyebabkan si suami berasa curiga.
Sejak dari itu, suami mula memantau pergerakan isteri dan meletakkan GPS di motosikal.
Isterinya dilihat sering ke sebuah perumahan di daerah itu ketika waktu rehat sehinggalah dia ditangkap berbogel dengan seorang lelaki.

Saat ditangkap, skandal si isteri sempat bergelut kerana mahu melarikan diri sementara si suami hanya mampu menangis melihat isterinya dalam keadaan bogel.
Jelasnya, rumahtangga yang dibina sejak 12 tahun lalu musnah hanya disebabkan si isteri kurang perhatian.
Difahamkan, pasangan ini kedua-duanya bekerja dan mereka tiada masalah dari segi kewangan.

