Connect with us

Oh! Media

maal hijrah

Oh! Islam

Persembahan Maal Hijrah Di RTM Dikritik, Ini Penjelasan JAKIM

Ramai yang meluahkan rasa pelik dan kurang bersetuju dengan tema persembahan sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan yang menampilkan robot-robot Transformers di atas pentas.

Sedar tentang kritikan itu, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) tampil menjelaskan maksud sebenar tema yang dipilih yang membawa Tafsir Ilmi Kejadian Langit dan Bumi.

IKLAN

Ia juga membawa maksud tafsir yang membincangkan tentang perkara-perkara saintifik dan ilmiah di dalam metafora ayat-ayat al-Quran.

PENJELASAN MENGENAI KONSEP PERSEMBAHAN KHAS SEMPENA SAMBUTAN MA’AL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN 1446H/2024M

1. Persembahan khas yang ditampilkan sempena Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M memberi penekanan mengenai Tafsir Ilmi Kejadian Langit & Bumi yang membawa maksud tafsir yang membincangkan tentang perkara-perkara saintifik dan ilmiah di dalam metafora ayat-ayat al-Quran. Menyelusuri perjalanan Tafsir Ilmi merupakan perjuangan untuk memfokuskan seluruh pancaindera mengakui keagungan Ilahi berlandaskan Al-Quran.

2. Konsep persembahan turut menunjukkan keindahan cakerawala yang dihiasi dengan galaksi dan sistem suria yang merupakan fenomena alam semesta yang menakjubkan. Sesungguhnya kewujudan ini membuktikan tanda kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT sebagai Maha Pencipta. Eksplorasi ini dapat mengacu akal pada batas pengetahuan, minat dan pengalaman sebagai inspirasi untuk menjelajahi kehidupan dan meningkatkan keimananan dalam diri.

3. Tindakan untuk mengkaji dan berfikir tentang penciptaan langit dan bumi dan proses-proses yang berkaitan dengannya tidak dapat dipisahkan daripada sains dengan menggunakan pendekatan yang saintifik, sebagaimana yang telah dilakukan oleh saintis Muslim sebelum ini. Al-Quran mendorong umat Islam untuk banyak mengkaji dan hal ini banyak berkait dengan penerokaan ilmu terutama dalam bidang sains tambahan pula kita berada di zaman revolusi 4.0 @ IR4.0, dengan ledakan automasi, digital dan fizikal siber kini menguasai manusia. Sains telah banyak memberikan sumbangan bermakna kepada peradaban manusia. Dan sudah tentu umat Islam merupakan peledak kepada ilmu sains moden yang berkembang hingga ke hari ini.

4. Konsep persembahan turut membawa peringatan bahawa dalam penciptaan langit dan bumi, manusia adakalanya sering terlupa akan kekuasaan zat Allah SWT sebagai penakluk semesta. Kealpaan manusia mengejar arus modenisasi menjadikan adakalanya menjadi manusia khilaf akan batasan akal dan hukum alam.

5. Tuntasnya, sebagai khalifah di muka bumi ini, adalah menjadi kewajiban kita untuk melestarikan alam sekitar dan menguruskan khazanah yang diamanahkan oleh Allah SWT. Sains dan teknologi bukanlah musuh peradaban tetapi medium keharmonian jika disantuni dengan bijaksana. Konsep persembahan juga menunjukkan bahawa kemajuan perlulah berlandaskan Al-Quran yang mana kemajuan yang tidak dilengkapi nilai agama akan menimbulkan kehancuran dan kemusnahan kepada alam.

6. Pergerakan tari yang dipersembahkan pula adalah mengambil influens dari seni mempertahankan diri seperti silat, pergerakan kemudiannya dikreasikan mengikut lirik lagu menggambarkan kejayaan. Dalam menuju arus kemodenan, jati diri tetap tidak dilupakan sebagai bekalan menghadapi cabaran semasa.

Saksikan majlis penuh sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan:

Kredit: Facebook JAKIM

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas