Connect with us

Oh! Islam

Tak Sempat Ganti Puasa? Ini Cara Betul Bayar Fidyah

Bulan Ramadan tak lama je lagi ni, korang dah ganti puasa belum?

Semua umat Islam wajib menjalankan ibadah puasa kerana ia merupakan salah satu rukun Islam. Tambahan pula, bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan buat semua umat Islam.

IKLAN

Bagi individu yang meninggalkan puasa atas sebab-sebab tertentu terutamanya bagi kaum hawa kerana kedatangan haid, maka dia wajib menggantikannya sebelum Ramadan tahun baru mengikut berapa bilangan hari yang ditinggalkan.

Namun, ada kalanya kadang-kadang terlupa bilangan hari yang perlu diganti kerana ingatan menjadi samar-samar.

Apakah yang perlu dibuat sekiranya berada dalam situasi ini? Ini penjelasan daripada Jabatan Mufti Terengganu.

Ringkasnya, sekiranya orang yang lupa dalam hal ibadah mereka diperintahkan untuk mengambil yang lebih meyakinkan. Hukum ini boleh dipetik daripada sabda Nabi Muhammad SAW yang berkait dengan seseorang yang lupa bilangan rakaat solat.

Apabila ragu salah seorang dari kamu dalam solat, hendaknya dia buang keraguannya dan dia ambil yang lebih meyakinkan.

(Riwayat Abu Dawud dan disahihkan oleh al-Albani)

Kalau orang yang solat Zohor, lupa mengerjakan dua atau tiga rakaat maka wajib memilih dua rakaat kerana itu lebih meyakinkan.

Maka dalam kes ganti puasa ini, jika jumlah puasa yang perlu diganti diragukan antara dua atau tiga hari, kita perlu lebihkan jumlah hari tersebut. Contohnya, tiga hari lebih meyakinkan.

Ia tidak sia-sia jika seseorang itu berpuasa terlebih hari kerana dia tetap mendapat pahala puasa sunat.

Sementara masih boleh ganti puasa, disarankan untuk ganti secepat mungkin. Risau nanti kena bayar Fidyah pula.

Apa itu Fidyah?

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadan tahun berikutnya. Hukum bayar Fidyah ni wajib tau.

Macam mana nak bayar Fidyah ni? Berapa kena bayar?

Kadar bayaran Fidyah berdasarkan harga beras semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar itu boleh berubah mengikut harga yang ditetapkan di sesuatu tempat dan beras hendaklah diberi makan kepada fakir miskin.

Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Cara bayaran fidyah:

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak)= Fidyah

Bayaran fidyah boleh dibuat di mana-mana zakat fitrah negeri masing-masing mengikut kadar yang ditetapkan ataupun boleh dibuat secara dalam talian.

Tapi ingat, walaupun dah bayar fidyah tetap kena ganti puasa sebab wajib dan bergantung kepada kemampuan dan hari anda.

Semoga kita semua dapat menyambut Bulan Ramadan pada tahun ini.

Kredit: mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Saya selaku digital hos separuh masa, editor, producer dan penulis artikel sampingan untuk tim video di Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas