Connect with us

Oh! Media

don daniyal

Oh! Islam

JAIS Minta Semua Pihak Tangguhkan Semua Program Libatkan Ustaz Don Daniyal

Isu pendakwa selebriti, Ustaz Don Daniyal nampaknya masih menjadi bualan netizen sehingga hari ini. Disebabkan itu, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telahpun mengeluarkan arahan untuk isu ini.

BACA: Ustaz Don Ditangguhkan Untuk Buat Ceramah Dan Kuliah Di Selangor?

IKLAN

Arahan JAIS itu ditujukan kepada semua agensi, masjid, surau dan musolla bagi menangguhkan semua program yang melibatkan pendakwah itu.

Perkara itu disahkan Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad selepas melihat beberapa isu berkaitan ceramah atau perkongsian ilmu yang disampaikan disyaki membawa kepada peralanggaran beberapa ketetapan dalam Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) amat berkenan dan menekankan kepada semua pemegang tauliah supaya umat Islam di negeri Selangor dapat diberikan kefahaman Islam yang tepat berdasarkan sumber sahih mengikut disiplin ilmu Islam.

Sehubungan itu, JAIS perlu menghentikan perkara seumpama ini dengan segera supaya tidak berleluasa di Selangor berkaitan apa jua bentuk pandangan dan pernyataan tentang hukum-hakam agama Islam yang tidak berasaskan nas dan dalil sahih serta di luar pengetahuan umum majoriti umat Islam.

Satu kertas siasatan juga telah dibuka pihak JAIS…

Ini selaras dengan Peraturan 17 (b), (d) dan (f) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 agar penggantungan atau penarikan semula tauliah oleh jawatankuasa tidak dilaksanakan terhadap beliau.

Berdasarkan beberapa aduan yang diterima oleh pihak Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS, satu kertas siasatan juga dibuka terhadap Ustaz Don Daniyal mengikut Seksyen 7, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

JAIS berharap semua pihak di negeri Selangor dapat bekerjasama dan akur serta dapat mematuhi arahan untuk tidak mengundang atau membatalkan sesi ceramah atau apa-apa jua bentuk pengajaran agama Islam yang akan dilaksanakan membabitkan Ustaz Don Daniyal sehingga Jawatankuasa Tauliah MAIS membuat keputusan muktamad tentang kedudukan beliau sebagai pemegang tauliah mengajar MAIS.

Buat masa ini, kita serahkan sahaja kepada pihak berkuasa agama untuk menyiasat dan membuat keputusan berkaitan isu ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas