Connect with us

Oh! Media

#RENUNGAN Pasangan Clubbing Taubat Lepas Mimpi Masuk Neraka? Ini Hukum Percaya Tafsiran Mimpi

Oh! Islam

#RENUNGAN Pasangan Clubbing Taubat Lepas Mimpi Masuk Neraka? Ini Hukum Percaya Tafsiran Mimpi

Sebagai manusia biasa, kita tidak lari daripada melakukan dosa dalam kehidupan seharian. Begitu juga dengan Murni Hidayah yang tekad berubah selepas mimpi dia dan suami berada di dalam neraka.

ADVERTISEMENT

BACA: #RENUNGAN Saf ‘Lompong’ Sebab Sayang Sejadah, Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan Hukum

Menerusi kiriman di laman sosial X, dia akui pelbagai ujian berat datang sepanjang tempoh penghijrahannya.

Walau bagaimanapun, dia kekal positif dalam menerima ujian dengan berlapang dada.

Rindu masa ni, rindu zaman baru-baru berubah. Lain rasa dia masa ni. Tapi korang tahu tak, sebenarnya banyak dugaan berat I lalui selepas kejadian ni.

Yes! Allah memang akan uji kau another level bila kau dah mula berubah. Sebab apa? Sebab Allah sayang kita.

Murni mendedahkan dia diberhentikan kerja sebaik selepas berhijab dan hidupnya bersama suami turun dan naik namun tidak mematahkan semangat mereka.

Terdahulu, Murni adalah seorang yang leka dengan aktiviti kelab malam kini telah berubah untuk menjalani kehidupan sebagai muslimah sejati.

Penyebab terbesar dia dan pasangan berubah adalah dapat mimpi yang sangat ngeri ketika tertidur selepas pulang dari kelab malam walaupun telah menghadiri kelas mengaji pertamanya.

Menurutnya, mimpi tersebut kemungkinan hadir kerana keinginan yang tinggi untuk ke Tanah Suci, Mekkah.

Boleh ke percaya mimpi?

Topik berkaitan mimpi sebagai jalan berhijrah sering menjadi tanda tanya. Walau bagaimanpun Mufti telah mengulas isu mimpi dan hukum mempercayai tafsirnya.

Menurut Mufti Persekutuan, para ulama’ membahagikan mimpi kepada tiga bahagian berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan daripada ‘Auf bin Malik R.A, Nabi SAW bersabda

إِنَّ الرُّؤْيَا ثَلاَثٌ : مِنْهَا أَهَاوِيلُ مِنَ الشَّيْطَانِ لِيَحْزُنَ بِهَا ابْنَ آدَمَ ، وَمِنْهَا مَا يَهُمُّ بِهِ الرَّجُلُ فِي يَقَظَتِهِ ، فَيَرَاهُ فِي مَنَامِهِ ، وَمِنْهَا جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنَ النُّبُوَّةِ

Maksudnya: Mimpi itu ada tiga jenis: Mimpi yang merupakan gangguan syaitan untuk meresahkan anak Adam. Mimpi yang pada asalnya perkara yang difikirkan manusia ketika jaga lalu terbawa hingga ke dalam tidur. Mimpi yang merupakan satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian.

Riwayat Ibn Majah (3907)

Begitu juga, hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

الرُؤْيَا ثَلَاثَةٌ، فَرُؤْيَا صَالِحَة بُشْرَى مِنَ الله، وَرُؤْيَا تَحْزِين مِن الشَّيْطَان، وَرُؤْيَا مِمَّا يحدث المَرْء نَفْسه، فَإِنْ رَأَى أَحَدُكُم مَا يُكْرِهُ فَلْيَقُمْ فَليُصَلِّ وَلَا يَحدث بِهَا الناس

Maksudnya: Sesungguhnya mimpi itu mempunyai tiga jenis. Mimpi yang baik itu merupakan berita gembira itu yang datang daripada Allah SWT. Mimpi yang buruk dan membawa kesedihan itu adalah daripada syaitan. Dan mimpi yang disebabkan oleh apa yang berlaku ke atas seseorang itu. Jika sekiranya sesiapa dalam kalangan kamu bermimpi sesuatu yang buruk, hendaklah dia berdiri dan mendirikan solat sunat, serta janganlah dia memberitahu mimpinya itu kepada orang lain.

Hadith riwayat Muslim: (2263)

Hukum mempercayai takwil atau tafsir mimpi adalah dibolehkan, namun hendaklah mengikut dhawabith yang berikut:

  1. Tidak beriktikad dan yakin bahawa takwilan dan tafsiran itu seratus-peratus benar dan mustahil untuk berlaku sebaliknya. Ini kerana mimpi tidak mengisbatkan apa-apa dan hanya bersifat dzaniyyah. Disamping itu, hendaklah dia menyakini bahawa urusan seseorang itu di bawah kekuasaan Allah SWT yang melakukan apa sahaja mengikut kehendak-Nya.
  2. Hendaklah takwilan dan tafsiran mimpi tersebut tidak bertentangan dengan aqidah Islam dan tidak membawa kepada melanggar hukum-hakamNya yang telah sabit dengan dalil-dalil syarak.
  3. Tidak membawa kepada perkara yang buruk dan negatif seperti putus asa, lemah semangat, meninggalkan usaha, bersikap pesimis atau terlalu optimis dan sebagainya.

Tafsir dan takwil berdasarkan kepada tafsiran yang benar dan dipercayai seperti kitab-kitab yang muktabar, orang-orang yang terkenal dengan kesolehan, keilmuan, jujur serta benarnya dia dalam berkata-kata. Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا اقْتَرَبَ الزَّمَانُ لَم تَكَد رُؤْيَا المُؤْمِن تَكْذِب

Maksudnya: Apabila telah hampirnya akhir zaman, maka hampir tidak ada mimpi orang mukmin yang tidak berlaku.

Hukum mempercayai tafsiran mimpi dibolehkan namun perlulah sentiasa berlandaskan dhawabith.

Kredit: Murni Hidayah Azman Tang | Mufti Wilayah Persekutuan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas