Connect with us

Oh! Media

Perlukah Mandikan Jenazah Umat Islam Yang Positif? Ini Jawapan Daripada Mufti

Oh! Islam

Perlukah Mandikan Jenazah Umat Islam Yang Positif? Ini Jawapan Daripada Mufti

Di musim pandemik ini, jangkitan yang kian meningkat menyebabkan angka yang menemui ajal akibat positif turut menunjukkan peningkatan baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Isu Kibarkan Bendera Putih Untuk Minta Bantuan, Pejabat Mufti WP Beri Penjelasan

Pelbagai prosedur yang diketengahkan oleh pihak pengurusan jenazah yang dijangkiti termasuklah pemakaian Baju Perlindungan Diri (PPE) yang lengkap.

Hal itu dibuat bagi menghindarkan daripada pihak pengurusan dijangkiti serta menyebabkan angka jangkitan mampu meningkat jika tidak dikawal dengan tepat.

Tak perlu mandikan jenazah yang positif?

Namun menurut Mufti, jenazah umat islam yang meninggal dunia akibat dijangkiti tidak perlu dimandikan kerana bimbang akan penularan wabak berkenaan.

Perkara itu dijelaskan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel Irshad Al-Fatwa Siri ke-600, bagi mengelakkan ia dijangkiti kepada orang lain.

Menerusi artikel itu, terdapat soalan yang hadir bertanyakan tentang adakah menemui ajal akibat positif diklasifikasikan sebagai mati syahid dan perlu atau tidak dimandikan.

Faktor tidak dimandikan

Menurut PMWP, jenazah tidak dimandikan atas faktor keselamatan selain mengelak berlakunya kemudaratan atas alasan kebimbangan ia akan tersebar.

Ini bermakna jenazah tersebut tidak dimandikan bukan di atas sebab syahid berperang di jalan Allah akan tetapi disebabkan kemudaratan yang perlu dihindari.

Perkara menjaga penyakit daripada tersebar turut ditekankan dalam hadis riwayat oleh Abu Hurairah RA, sabda Nabi SAW:

Larilah daripada penyakit berjangkit seperti mana kamu lari daripada singa

 Riwayat Bukhari (5707)

Walaubagaimanapun, fuqaha telah membincangkan jika terdapat keuzuran dalam memandikan seperti mudarat jangkitan, maka jenazah boleh ditayamumkan.

Jika tayammum tidak dapat dilaksanakan, maka gugurlah kedua-dua tuntutan tersebut.

Apapun, ia juga tertakluk kepada perkembangan semasa yang mana pihak-pihak berkaitan akan meneliti dari semasa ke semasa Prosedur Operasi Standard (SOP) pengurusan jenazah.

Diklarifikasikan sebagai mati syahid

Menurut artikel itu, orang islam yang meninggal dunia akibat positif diklarifikasikan sebagai mati syahid dan ganjaran itu akan diberikan di akhirat kelak.

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, sabda Nabi SAW:

Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, mati dtimpa runtuhan dan mati syahid di jalan Allah.

Riwayat al-Bukhari (2829) dan Muslim (1914)

Secara umumnya, taun dikategorikan sebagai wabak penyakit yang berjangkit yang mampu menyebabkan angka kematian meningkat.

Oleh itu, jelaslah bahawa umat islam yang meninggal akibat wabak pandemik ini dikategori dalam golongan mereka yang mati syahid seperti yang dijanjikan Allah SWT.

Namun, mereka yang dikategorikan sebagai syahid di akhirat bukanlah syahid kerana peperangan di jalan Allah SWT. Maka, jenazah perlu dimandikan dan disolatkan seperti biasa.

Jika terhalang, maka jenazah boleh ditayamumkan. Jika Tayamum tidak boleh dilaksanakan, maka jatuhlah kedua-dua tuntutan itu.

Kredit: PMWP I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas