Connect with us

Oh! Media

”Jangan Korbankan Ibadah Haji Dan Umrah Demi Politik” – Dr Zulkifli

Oh! Negara

”Jangan Korbankan Ibadah Haji Dan Umrah Demi Politik” – Dr Zulkifli

Isu keutamaan antara politik dan ibadah kembali menjadi perdebatan hangat selepas kenyataan yang dibuat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Dalam kenyataan tersebut, beliau memberi isyarat agar umat Islam mengutamakan kemenangan politik dan menangguhkan haji serta umrah.

IKLAN

Dr Zulkifli tegaskan politik tak boleh atasi ibadah…

Namun, kenyataan itu segera mendapat reaksi daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan yang menegaskan bahawa ibadah haji dan umrah adalah keutamaan yang tidak seharusnya dikorbankan demi pertimbangan duniawi.

Sesiapa yang telah terpilih sebagai Dhuyufur Rahman sambutlah seruan dan pergilah menunaikan haji dengan penuh keikhlasan.

Anda telah terpilih oleh ALLAH SWT dalam kalangan berbilion umat Islam, jadi rebutlah peluang ini untuk beribadah setulusnya.- Katanya dalam kenyataan di Facebook.

Tiada fatwa sokong politik lebih utama…

Dr Zulkifli juga menafikan wujudnya sebarang fatwa rasmi yang menyokong pandangan bahawa kemenangan politik lebih utama berbanding menunaikan ibadah haji dan umrah.

Tiada fatwa daripada Jabatan Mufti, Muzakarah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI) atau badan fatwa lain yang menyatakan kemenangan politik lebih utama daripada menunaikan haji dan umrah.- Jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa kenyataan seperti ini perlu dinilai dengan teliti agar tidak disalah tafsir sehingga menimbulkan pemikiran ekstrem dan fanatik dalam kalangan masyarakat.

Islam tak pernah ajar tinggal ibadah demi politik…

Menurut Dr Zulkifli lagi, umrah merupakan ibadah sunat yang fleksibel dan boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Justeru, umat Islam sepatutnya boleh menyusun waktu dengan baik tanpa perlu mengorbankan ibadah demi urusan politik.

Agama Islam tidak mengajar umatnya untuk meninggalkan ibadah semata-mata demi merebut kemenangan politik.

Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar yang sentiasa menyatukan kita di atas titik akidah yang menyuburkan kedamaian, persaudaraan dan perpaduan.- Katanya lagi.

Pssttt! Dalam keghairahan berpolitik, jangan sesekali kita abaikan tanggungjawab dan peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadah haji dan umrah bukan sekadar perjalanan fizikal, tapi satu perjalanan spiritual yang sangat istimewa. Rebutlah peluang yang telah Allah berikan, jangan biarkan agenda dunia menutup pintu akhirat.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas