Connect with us

Kelebihan Usap Kepala Anak Yatim

Oh! Islam

Kelebihan Usap Kepala Anak Yatim

SOALAN:
Saya ada terdengar ustaz menyebut dalam satu siri kuliyah dimana kalau berjumpa dengan anak yatim sunat kita usap kepalanya. Adakah ini daripada hadith atau pandangan ulama’? Adakah termasuk sama kepala anak yatim orang kafir? Mohon pencerahan.

JAWAPAN:
Amalan mengusap kepala anak yatim itu adalah satu sunnah Nabi saw kerana banyak hadith yang menyebut Nabi saw ada menyuruhnya dan menerangkan fadhilatnya.

Antaranya ialah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A katanya:

أَنَّ رَجُلاً شَكَا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَسْوَةَ قَلْبِهِ فَقَالَ امْسَحْ رَأْسَ الْيَتِيمِ وَأَطْعِمْ الْمِسْكِينَ.
“Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW mengadu tentang hatinya yang keras. Lalu Nabi SAW bersabda: “Usaplah akan kepala anak yatim dan berilah makanan kepada orang miskin.” (Riwayat Ahmad)

Berkenaan hadith ini Imam Ad-Dimyati berkata:

ورجاله رجال الصحيح
“Sanad-sanad hadith ini adalah sahih.”

Dan pada satu riwayat yang lain dari Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:

إنْ أردْتَ تَلْيِينَ قلبِكَ ، فَأَطْعِمْ المِسْكِينَ ، و امْسَحْ رَأْسَ اليَتِيمِ
“Jikalau kamu mahu hati kamu lembut maka berilah makan orang msikin dan usaplah kepala anak yatim.” (Riwayat Ahmad dan Al-Baihaqi dan Al-Munzhiri)

Dan diriwayakan dari Abu Umamah R.A, Nabi SAW bersabda:

مَنْ مَسَحَ رَأْس يَتِيم لَا يَمْسَحهُ إِلَّا لِلَّهِ كَانَ لَهُ بِكُلِّ شَعْرَة تَمُرّ يَده عَلَيْهَا حَسَنَة
“Siapa yang mengusap kepala anak yatim kerana Allah, adalah bagi setiap helai rambut yang mengenai tapak tangannya itu satu pahala.” (Riwayat Ahmad dan At-Tabarani)

Dan perintah mengusap kepala anak yatim ini juga termasuk anak-anak orang kafir. Berkata Imam Al-Munawi:

وظاهره يشمل أولاد الكفار
“Dan zahir hadith ini juga mencakupi kepala anak-anak yatim orang kafir.” (Rujuk: Kitab Faidhul Qadir Syarah Jami’u As-Saghir)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Trending

To Top